Spring Text - http://www.springtext.com

Sunday, November 21, 2010

Lihatlah dengan mata hatimu...

Rasanya ramai yang sedar akan kemunculan Maher Zain (MZ) nih... Sangat2 tertarik dengan pendekatannya yang 'bersahaja', mampu menarik minat pelbagai golongan masyarakat & membawa AURA yang tersendiri dalam dunia hiburan masa kini..dengan kata lainnya, good influence

Menurut sejarahnya, MZ pernah "LEKA" suatu ketika dulu & kini, dengan izin Allah dia sedang melalui dunia baru hijrahnya. Antara yang dapat disunting dari siaran TV9 sempena AidilAdhabaru2 ini ialah :
  • Katanya : Apa yang paling penting dalam lagu saya adalah mesej yang disampaikan
  • Katanya juga : Saya hanya mampu menyanyi, tidak mungkin saya mampu mengubah dunia, saya tidak boleh lakukannya sendirian tapi kita boleh lakukannya bersama
  • Katanya lagi : Biar sejauh mana pun kita pernah tersasar, kembalilah kepada Allah & berdampinglah dengan persekitaran yang baik
Moral of the story :
Berhibur itu tidak salah, yang salahnya ialah memilih hiburan yang salah. Kembalilah kepada fitrah,bahawasanya hanya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang

Wallahua'lam

Thursday, September 2, 2010

Warkah buat suami tercinta...

* Di copy & paste aje nih...tapi lebih kurang je dgn luahan hati sendiri... :-) Layan...
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang ist...eri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Friday, July 2, 2010

Wajah baru...

Terlalu banyak benda yg nak ditaip...tapi hanya penukaran imej yg mampu dilakukan buat masa ini. Tgh struggle utk mempurplekan blog diari lavender ku ini...
Apa yang pasti... AKU RINDU...
Rindukan perhatiannya, rindukan bicaranya, rindukan segalanya...
Hanya Allah Yang Tahu noktahnya...

Tuesday, June 8, 2010

6 Jun 2010

BirthdayMom sambut beday yg ke 32... Alhamdulillah,masih diberikanNya nafas,kesempatan,keupayaan & 1001 nikmat yg tidak terungkap... Dengan bertambahnya umur,maka meningkatlah usia dan semakin hampirlah kita dengan satu kepastian yg tidak sesiapapun dapat menyangka mahupun menduga bilakah masanya & bagaimanakah caranya... Kita hanya mampu berdoa agar perginya kita dalam husnul khatimah. Wallahua'lam...
MAKAN MALAM
Hubby belanja makan malam kat SOHO,Bandar Baru Bangi. Memang best ar,patut la sentiasa ramai org yg dtg makan kat situ. Rupa2nya,kalau sesiapa yg sambut birthday,boleh dapat diskaun 10%,tunjuk je IC... memandangkan kitorg sambut pd 5hb,maka terlpsla peluang nak dpt 10% tu... Ingatkan nak tunggu kul 12 mlm,baru nak bayar...tp x de maknanye... (Ghugi gak la 14hengget tang diskaun tu..huhu)
UCAPAN DEMI UCAPAN
Fuh,sejak ada FB ni,org tak anto sms dah...penuh wall kat FB tu org wish. Yg x pernah2 wish,pun wish. Yg biasanya wish pun ada gak yg lupa wish...muakaka. Tunggu2 gak SMS, x dek. Sanggup aku bukak FB kat rmh Paklong (tempat celebrate majlis potong memotong kek) semata2 nak check ada ke wish kat FB..aleh2 tak dek gak... :-( betul. (Siapakah gerangannya...sendiri PK lah... :-D) Yg pasti, ada 2 SMS yg ingin kuabadikan di DiariLavenderSiberKu ini...
A/ Mama&Abah (Salam, SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIRKE-32 buat umi aiman,kak n adk naim... Semoga dpanjangkan umur, dmurahkan rezki & dmudahkan sgala urusan hendaknya. -Dr Atuk ma & atuk bah..
Sepanjang perkahwinanku,aku x pernah x terima SMS dari mama dihari lahirku... (membuatkan aku terharu mengenangkan arwah ibuku. Biasanya,pagi2 hari bedayku inilah ungkapan arwah mak "aiman...hari ni brp haribulan...?" sbg tanda arwah juga x penah lupa tarikh beday ku) Buat mama,Terima kasih... saya tidak mungkin dpt mengungkapkan "saya sayang mama" tapi saya nak sgt mama tahu betapa saya sayang mama... Mama memang tak sama dgn mak tapi kedudukannya sama dihati saya...
B/ Maryati - sahabatku dr sklh rendah (Sblm bulan mengganti mentari,sblm siang btukar mlm,sblm hari ini menjadi esok,sblm lega menjadi sibuk,sblm daya menjd sakit,izinkan daku mengucapkan selamat hari lahirbuat shbt teristimewa d alam semesta..kuberdoa agar dirimu sntiasa dlm peliharaan al-khaliq,dpagari iman & sejahtera,berbahagia selalu hendaknya,amin!
Dikesempatan ini,ingin kurakamkan jutaan terima kasih buat kalian yg mengingati, juga buat kalian yg tak sengaja terlupa... :-D (Teman tahu,masing2 sibuk dgn urusan2 lain yg lebih penting dari mengewish teman nih...asalkan doa & ingatan dari kalian sentiasa ada diselitkan dalam bait2 doa yg diungkapkan seharian) Syukran jazilan...
SURPRISE YG ASYIK TAK MENJADI...
Kesian kat hubby,surprise thn ni asyik terkantoi aje... Balik dari kuar makan kat SOHO,aku dok layan netbook ku kat atas,tetiba ada sms dari along sampai kat HP hubby,dianya dok layan TV kat bawah...Message tu plak,tertera dgn jelasnya "nak tulih apa kat atas tu?" muakaka...aku hanya dapat meneka...atas kek la kan...? Lalu dgn muka yg 'toya' & penuh control aku pun bg kat hubby.."abg...ni ada msg utk abg..." huhuhu
Esoknya,di tempat majlis berlangsung...aku memang surprise dgn ucapan atas kek tu yg aku yakin dtgnya dari hati hubby yg tulus ikhlas "TO : UMMI FAIDHIRAH HAPPY 32nd B'DAY. We all luv U!" Muah...i luv u all too! :-D
Moral of the story : TQ So Much kepada semua yang menjayakan majlis... Org2 kuat cum org dapur (maklong,acik & makanjang...) TQ ya... Sori,saya dtg lambat balik awal. Nak tolong pun tak tau nak tolong apa... Nak lepak lama2 pulak,kesian kat abah saya yg dah gelisah nak balik... maaf ye... Yg pasti,saya hargai semuanya!!! :-D

Thursday, May 27, 2010

Aktiviti hujung minggu




Ntri ni sepatutnya dah lama diupload tapi ats masalah2 yg tak dapat dielakkan,maka hari ni baru berkesempatan di update. 2 Mei haritu,mak kecik dari Perak & makcik Anum dari Kelang dtg berkunjung ke Taman Sutera ni. Akak dan abang sekeluarga pun datang memeriahkan lagi suasana. Just nak 'expose' gambo ni yg diambil oleh anak buahku, Acha, dgn menggunakan HP Sony pakcunya...kreatif3x... Cuba tengok gambo akak dgn abg thani tu, dah macam duta produk TUPPERWARE la pulok ye...huhuhu. Maklumle, rumah tokey la katakan...apa yg tak tupperware? Gayung pun guna tupperware...kwang3x. Yg kat luar tu,lain pulak ceritanya,model2 ahli sukan yg tak terpilih mewakili negara...:-) Tak pe,apa yg penting...kerjasama. Eh bukan, yg penting,ada semangat kesukanan & blh mengeluarkan peluh & bau dgn jayanya...hehe

Saturday, May 15, 2010

Naim di Villa SuRaDa...

Ini pose-pose Na'im yang di snap oleh Maklongnya semalam... Aktiviti ketika para jemaah lelaki menunaikan solat jumaat... Maklumle,maklongnya guna kamera baru... huhuhu

Wednesday, May 12, 2010

Hari Ibu






Hari Ibu tahun ni aku dikejutkan dengan sesuatu yang dah tak berapa surprise sebenarnya, tapi masih boleh dikira surprise gak la.

Yg tak surprisenya,aku nak cari barang lain, terserempak plak dgn kad ucapan bersampul ungu yg aku memang yakin sgt2 kad itu dibeli utk aku...huhuhu. Sorry ye abg...tak sengaja ar.

Yg dikira surprisenya plak,

1) Jenuh aku cari hubby & anak2 selesai solat maghrib di rumah abah kat Sg Ramal yg ada 7 bilik tu. Bilik Zaidan je aku tak boleh nak masuk cari diorang, kat bilik air aku cari pun tak jumpa2 gak, rupa2nya kat bilik yg satu tu diorang bersekongkol menulis ucapan dlm kad tu. Kad tu ditulis oleh Aiman,dibeli & isi hati kad tu pastinya lah oleh abah Aiman. Sebenarnya,ni kaedah yg sama mcm aku buat masa Hari Bapa tahun lepaih. "tak aci ar,abah tiru kaedah ummi" huhuhu.

2) Ada kek bagai... sempena besday Wafirah yg ke-1 tahun,ada gak la nama2 para ibu yg diraikan sekali pada hari tersebut...kalau bab2 kek nih,kompomlah keje Harry. InsyaAllah,bln Jun nnti kita potong kek yg 2kg pnya ye... :-D

Apa2pun, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka2 yg menghargai para2 ibu nih... TQ very2 much!!! :-) muah6x

Tidak diduga...

Pada petang 26 April 2010,aku menerima panggilan telefon dari Pusat Kad Bank Islam.
Pemanggil : Assalamualaikum,boleh saya bercakap dgn Pn Faidhirah
Aku : Ya,bercakap
Pemanggil : Saya Anisah,dari Bank Islam Card Centre. Puan telah berjaya menerima sebuah netbook Dell Inspiron sempena cabutan Bonanza 48hours. Boleh saya dapatkan beberapa maklumat untuk pengesahan...
Aku : Eh,betul ke ni???
Pemanggil : Ya, betul puan...
Aku : Syukur Alhamdulillah,maaflah saya terkejut nih
Pemanggil : Tak pe puan... (dlm hati mesti Pn Anisah ni kata: apalah kalutnya dia nih) Tu anggapan aku je le,ntah2 dia x kisah apa pun...huhu
Setelah aku mengesahkan apa yg patut disahkan,Pn Anisah kata maklumat lanjut akan diemailkan secepat mungkin. Abis je settle ngan Puan tu,aku apa lagi...terus la call hubby dgn tergesa2nya...dipendekkan citer,hubby pun pastinya turut bersyukur dan tumpang gumbira la... Lps je dapat email tu,hubby pun apply la cuti utk meraikan majlis tersebut...

Ketika menghadiri majlis itu pada 10 Mei 2010 (Isnin),kami dimaklumkan seramai 77orang berjaya memiliki Dell 10 inci tu. Dalam 77orang tu, ada seorang ni memang lucky betul la, dia dapat 3 biji netbook tu... Hmm...Yang aku dah sedia ada purfel kaler,yang dapat ni black kaler. Oklah tu kan,tak la ralat sgt kalau nak jual...:-)

Itulah rezeki Allah... Yang berhak memberi dan juga mengambil kembali apa jua yg dipinjamkanNya kepada kita. Kita hanya patut bersyukur dgn segala nikmatNya dan memanfaatkan sebaiknya apa jua yang diberikan kepada kita. Wallahua'lam...

Friday, May 7, 2010

Setahun berlalu...

Tanggal 30 April 2010, genaplah setahun pemergian arwah mak...rasanya baru semalam perginya ibu yang telah melahirkan aku 32 tahun yang lalu... Sesungguhnya tiada lain yang dapat kutitipkan buatmu mak...melainkan bacaan Yaasin dan doa yang tidak putus kukirimkan agar rohmu dicucuri rahmat... terasa masih segar segala kenangan bersamamu... sehelai baju kedah lusuhmu menjadi pengubat rinduku tatkala kesedihan datang bertamu... Hanya 1 yang aku tahu... AKU TERLALU MERINDUIMU... Mak...adik sayang mak,adik rindu mak... "Ya Allah,sampaikan salam rindu,kasih & sayangku buat ibuku..."

Dengan genapnya setahun pemergian mak...maka :
* Genaplah setahun radio di ceruk dapur rumah Kg Pandan itu tidak berkumandang... Itulah rutin arwah mak, temannya di dapur adalah radio usang itu...
* Genaplah setahun aku tidak menjejakkan kaki ke Hospital Ampang yang merupakan lokasi lawatan bulananku atas urusan check up arwah mak dan thrombocythemia yang pernah aku alami. Sehinggalah aku membuat keputusan nekad untuk tidak lagi meneruskan monthly check up ku atas alasan mengutamakan check up arwah mak. Sesekali melewati hospital itu membuatkan aku begitu sebak bila mengenangkan itulah tempat terakhir mak menghembuskan nafas terakhirnya yang ditemani kakakku. Andainya aku tidak sarat mengandung ketika itu,pastinya aku yang akan berada di sisi mak waktu itu. Baju dan selimut hak milik hospital yang membaluti emak masih terlipat kemas di bilik arwah atok. Andai terpandang...aduhh! Begitu sedih untuk dikenang... :'-(
* Genaplah 11 tahun perginya ibu kepada sahabatku Norhidayati Jalil. Salah satu kenangan aku bersama arwah kalau pergi beraya kat rumahnya, "kakak...ada lagi tak pinggan kotor tu, bagi si feddy ni ha biar dia basuh" itulah gurau senda arwah yg sememangnya seseorg yg suka berseloroh. Arwah telah pergi buat selamanya pada tanggal 30 April 1999... Al Faatihah buat Allahyarhamah Sa'diah Bt Abdullah... (Tie,kini aku dah pun merasai apa yg pernah kau lalui tentang perginya seorg insan yg kita panggil emak... Ketabahan kau menjadi kekuatan aku Tie,walaupun adakalanya aku masih kalah dgn perasaan yg bercampur baur, aku akan ditemani teman setia yg kupanggil airmata...)

Tanggal 7 Mei 2010, adalah hari lahirnya arwah mak yang ke 65 & Ulangtahun Haziq yang ke-2. Kalaulah ada arwah opah ni Haziq, makan besarlah kita. Memang confirm opahlah orang yang paling seronok nak potong kek dgn Haziq. Rindunya nak makan laksa & mee kari mak. Itu antara menu wajib mak kalau ada majlis makan2 ni... Uwaaa...

Tuesday, April 27, 2010

Potret Kakak...

Gambar ini dipotretkan oleh anak saudaraku,Fasihah Binti Abdullah Thani @ nama glamournya ANGAH. Hmm... tak sangka angah mempunyai bakat yang terpendam dgn melakarkarkan gambar kakak ini dlm masa +- setgh jam... cantik kan? Tang rambut kakak tu, memang gitu, ada sedikit keserabutan. Bahkan ada yg kata rambut kakak tu macam tempurung la, macam helmet la, macam cendawan la...whatever lah... apa yg penting, itu hasil seni umminya sendiri yg tak pernah langsung menghadiri mana2 kursus gunting rambut...huhuhu. Anyway,TQ angah... Lps2 ni nnti boleh le lukis gambor acu ngan pakcu plak ye

Friday, April 16, 2010

Sayang Ummi Sayang Abah...


Ni bukan Aiman yg lukis rupa2nya... Aiman kata,gambar yg Aiman lukis tak berapa cantik jadi Ustaznya yg tolong lukiskan... Aiman cuma warnakannya... huhuhu. Apa yg pasti,cerminmata abah memang seghupe...janggut agak lain sket dan Aiman terlupa akan misai abahnya... ;-) Gambo Umminya...hmm no komen... :-D








Tuesday, April 6, 2010

Na'im dah pandai azan dah...

Video ni dirakam masa kitorang dalam perjalanan nak ke Sg Ramal. Dah la malam,pakai kamera handphone yang tak canggih, dah tu dalam kereta yang sedang bergerak plak tu, jadi maaflah gambor tak berapa shantex... apa yang penting... suara Na'im azan sama naik dgn suara azan yang berkumandang di corong radio itu...

Monday, February 15, 2010

Lagi tentang aksi...

Bz sungguh dgn agenda pindah randah, nak bicara soal hati dan perasaan pun dah tak dan nak taip kat blog nih. Saksikanlah adegan Na'im memanjat tangga dgn jayanya tatkala dia belum pun merangkak ketika itu. Video ni dah lama dirakamkan cuma baru nak di publish kan. Masa kejadian, agak lambat sikitlah dia nak menapak ke atas tu tapi laa nih dan cecah 100km/j... huhu

Tuesday, January 5, 2010

Sejarah telahpun berulang


Akhirnya, sejarah 7 tahun lalu berulang sekali lagi. Kini, lebih parah. Masa Aiman dulu, jatuh katil ketika umur +- 7@8 bln dlm keadaan merangkak dari katil tersembam ke lantai. Kali ini, adiknya Na'im yg berumur 6 bln 3 minggu (baru menyusur2 ke depan,tak merangkak pun lagi) dah jatuh katil. Habis tebal bibir atas, dan yang parahnya sampai berdarah2 disebabkan giginya yg dah tumbuh seawal usianya baru nak cecah 5 bln haritu. Biasanya dia bangun tido ada bunyi rengekan tapi tidak pula pagi ini tadi. Isk...Umminya tak sempat nak sambor, dari arah dapur menuju ke bilik nampak dah ada objek bergerak tapi... Oh tidakkk... akhirnya jatuh jua Na'im ke lantai (tempat yg sama dgn berlakunya tragedi abgnya) Maafkan Ummi ye Na'im :-(

Dunia Baru Aiman...

Hari ini adalah hari pertama persekolahan Aiman di Sekolah Rendah Islam Pintar (Tahfiz) Seksyen 9, Bangi. Memandangkan kami masih tidak dapat berpindah ke Taman Sutera Kajang atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, maka ke hulu ke hilir lah kami dari Kg Pandan ke Kajang/Bangi yang sudah menjadi laluan rutin kami sejak dua menjak ini...

Maklongnya dah pesan jgn lupa amek gambar kat depan pintu rumah sblm ke sekolah... siap ucap SELAMAT MAJU JAYA lagi kat Aiman... :-)


Dalam kereta, Ummi pun berkata : Dah besar dah anak ummi ni ha. Macam tak caya je ummi.. Aiman dah sekolah darjah 1. Lepas ni Aiman tak boleh main2 lagi tau. Kena belajar sungguh2.