Spring Text - http://www.springtext.com

Wednesday, June 24, 2009

PermataHati ke-3...

Besday Ummi & New Born Baby...
Beday aku dah dicelebrate awal iaitu pd 5.6.2009 mama ajak kuar makan... Dapat la aku hadiah kerongsang dari Harry... Tima kasih mama, abah, harry n sumer2 lah... ;-)
Masuk je jam 12 mlm, dpt MMS dari Bitah sekuarga. Ada lagu hepi beday lagi tuu... Huhu. Esoknya, kami g kenduri jiran kat umah akak. Aku ni teringin nor la nak makan kek, kononnya baby dlm perut yg nak makan. Rupa2nya, ada SURPRISE yg dirancang oleh hubby ngan Bitah. Diorang sekuarga bersekongkol buat kezutan tu.. Dapatla potong kek ke 31... Thanx 4 d sweet memories. Ingatkan baby nak kuar sama tarikh ngan beday umminya tapi rupa2nya tidak...
Jam 4 pagi, dapat sms dari yatie yg baru sampai dari bandung... Hubby jatuh org ke-3 yg wish aku thn ni... Huhuhu...

Alhamdulillah... akhirnya lahirlah permata hati kami yg ke-3... (atau mungkinkah yg bongsu...?) :-D pada hari Jumaat, 12 Jun 2009, jam 12.30 tgh hari di Pusat Perubatan Kohilal Taman Melawati. Dr kata, baik baby ni, bg peluang ayahnya menunaikan solat jumaat... :-)

Setelah melalui pelbagai ujian... memang tak sabor sgt nak melahirkan zuriat dlm kandungan. Kandungan yg kali ini kurasakan begitu mencabar dan tercabar, begitu menduga dan terduga, begitu menguji dan teruji dan yang seumpama dan sewaktu dgnnya... Pendek kata, begitu teristimewa kerana terpilih utk mengharungi segalanya...



"Dua tiga jenis ikan
Mana nak sama ikan tenggiri
Akhirnya baby selamat dilahirkan
MUHAMMAD KHAIRULNA'IM nama diberi"





Berpantang tanpa mak...


Melalui saat-saat berpantang tanpa mak... adalah satu pengalaman yg amat mencabar rasanya... Dengan bantuan suami & abah, sebenarnya tidak begitu cukup untuk aku laluinya tapi syukur Alhamdulillah, Allah berikan aku kekuatan yg luarbiasa utk aku tempuhinya. Di peringkat awal, memang aku merasakan sakit yg juga luarbiasa...(tak pernah aku rasa sepanjang berpantang anak2 sblm ini)... sakitnya hanya Allah Yg Tahu, aku hanya berdoa agar Allah berikan aku kekuatan, ketabahan dan kesihatan untuk mengharunginya... Terima kasih kuucapkan kpd suami yg bekerja kuat,abah yg sebenarnya dah tak berapa terdaya tapi turut mendayakan dirinya untuk membantu aku & adik beradik yg dtg mengunjung selama aku berpantang ni... Hakikatnya... aku rindukan MAK...

Thursday, June 18, 2009

Diari hidupku tanpa insan yg kupanggil...MAK!


Pemergian Bonda & Kepulangan Nenda
Hari ini...genap 50 hari pemergian mak yg tersayang...Pada tanggal 30 April 2009, hari khamis, jam 4.15am, Allah telah mengambil mak yg dipinjamkanNya pd kami selama ini. Dlm keadaan aku yg sarat mengandung, itu adalah ujian terhebat yg harus aku lalui selama umurku hampir 31 thn... Sakitnya yg langsung tidak terletak, memang memudahkan segalanya. Senang benar mak pergi...kami sekeluarga langsung tak terdetik pun yg mak akan pergi...perginya yg takkan kembali lagi... Mak meninggal akibat massive strok.

16 hari slps pemergian mak...atok pulak menyusul pergi. Kubur mereka agak dekat antara satu sama lain, memudahkan kami menziarahi arwah berdua... Mengandung anak ke-3 ni memang benar2 menduga. Baik dari mabuk teruk di awal kandungan, hinggalah melalui 2 kematian insan terdekat di hujung kehamilan... Moga zuriat yg dilahirkan menjadi insan yg tabah, setabah umminya mengharungi semua ini... Wallahua'lam.

Ke Terengganu...
Sepatutnya, pd 1,2, & 3 Mei 2009, kami merancang untuk bercuti ke Terengganu bersama arwah, abah, mama, abah nawi & harry. Arwah cukup seronok nak berjalan ke sana.Dah buat persiapan utk buat kuih cubadak utk dibawa bekal ke Terengganu. Cuma, beg kain baju je nmpknya yg tak siap lg... Jiran tetangga sumer tahu yg mak nak berjln kesana.Siap tnya nak kirim apa...Sedare mare di Perak pun tahu. Katanya "Yong nak g terengganu 1hb nnti. Adik nak bwk Yong berjalan..." Seminggu slps pemergian mak, kami terjumpa duit simpanan arwah yg ingin dibawanya sbg belanja di Terengganu.Bertambahla sedihnya dan ghalatnya aku yg tak terkata...
Sebenarnya, di Terengganu nnti aku merancang utk bgtahu mak yg aku sayangkan dia, nak ucap kat dia terima kasih atas pengorbanannya dan nak mohon maaf atas segalanya... tapi apakan daya... hajatku tak kesampaian... :-( Nasihatku di sini, jgnlah kalian bertangguh sekiranya kalian ada niat dan hajat yg sama spt aku...Ghalatnya...hanya Allah je Yg Tahu...

Hari Khamis & Sambutan harijadi besar-besaran... 4 hari sebelum pemergian mak, mak ngan abah ikut akak hantar Bitah (yg pulang bercuti utk ke pesta buku) ke PLKNnya di Sepang. Masa tu, ada peserta PLKN yg buat sambutan harijadi. Akak ngan Bitah teringat akan kata2 arwah mak... "tahun ni opah nak sambut harijadi opah besar-besaran..." Mak meninggal pada hari Khamis, seminnggu selepas tu = 7 Mei = Khamis adalah harijadi mak yg ke-64. 2 minggu sebelumnya pulak = 16 April = Khamis adalah ulangtahun perkahwinan mak & abah yg ke-40...

Mimpi itu mainan tidur...? Sehari lps kematian mak, aku demam...demam terkejut. Seminggu lebih anak2 aku tak kesekolah. Akhirnya, abah yg tolong hantar & ambil anak2 aku... Dua minggu lps pemergian mak, aku bermimpi... mimpi yg pd aku, petanda baik. Dan dari mimpi itulah aku diberi semangat & kekuatan utk meneruskan kehidupan yg harus aku teruskan utk insan2 lain yg memerlukan aku... Demi abah yg kesunyian, demi suami & anak2 yg menjadi perangsang & pendorong...

Aiman & Baarizah
Anak2 aku memang begitu terasa akan kehilangan opahnya. Mana taknya, mereka membesar dgn arwah... Minggu2 awal pemergian opahnya, masing2 nmpk termenung. Baarizah memang manja ngan opahnya, Aiman plak kawan gaduh opah... Biasanya, ptg2 akan kedengaranlah "pergaduhan kecil" antara Aiman & Opah yg berebut siaran TV. Aiman sibuk nak tengok kartun, opah plak nak tengok sinetron dsb... Rasa sunyi pulak bila takde yg berebut TV...
Masa mak dikebumikan, kami dah jelaskan kat diorang yg opah dah meninggal, opah ditanam dlm kubur... dgn harapan mereka takkan bertanya lg mana opahnya pergi. Selang beberapa ari, Baarizah kata : "Ummi, adik kesian kat opah...Opah sorang2 kat kubur, takde orang jaga" Lalu aku pun menjelaskan : "Adik, adik jgn risau...Allah yang jaga opah..." Dia nmpk lega dgn jawapan yg aku berikan. Sekurang2nya dia tahu keadaan opahnya...
Bila Baarizah baca selawat yg dipelajarinya di sekolah (opahnya memang suka suruh adik baca selawat tu)... lalu Aiman pun terkenang... "takde dah opah dapat dengar adik baca selawat"
Baru2 ni, Baarizah ajak : "Ummi, nnti bila opah dah bangun dari kubur, kita bawak opah pegi pantai ye..." Agaknya dia teringatkan janji kami yg nak bawak opahnya ke Terengganu haritu. Aku kata : "Adik, opah tak boleh dan takkan bangun dari kubur. Kita dah tak boleh jumpa opah lg..." Dia diam tanda faham @ mungkin juga tak brp faham...
Yg Aiman pulak... "Bila opah bangun dari kubur nnti, Aiman nak peluk opah..." Diorang ni nmpk macam faham apa yg dimaksudkan opah dah meninggal... tapi jauh di sudut hati diorang... rindu itu yg membuatkan mereka terkenang2... macam yg aku rasa, dan org2 lain yg patut rasa... Wallahua'lam...

Kunjung ziarah & ucapan takziah...
Rezeki mak... ramai yg dtg menziarah jenazahnya termasuklah YB Dr Lo' Lo'. Terima kasih kpd saudara mara dan jiran tetangga tak kira dari jauh dan dekat... Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat handai yg dtg... AlongNozam (yg kebetulannya baru smpai dari Kuching & dlm perjalanan ke Melaka), Farrah, Dhila & Umi Zurina (Yg dlm perjalanan ke tempat kerja), Yatie dari Batang Kali & Maya dari ofisnya... Yg dtg selepas pengebumian...En Zam, Kak Jay, Kak Nurul, Mizi, Kas, Nasrul, Lin, Sidah, Shaiful, Kak Asmah, Kak Zana serta Kak Baznah&Abg Man... Syukran Jazilan atas kunjung ziarah kalian. Tak lupa juga terima kasih dia atas sumbangan yg dihulurkan dan ucapan takziah melalui sms & panggilan telefon yg bertubi2...

Doa & Harapan...
Kematian mak dalam keadaan yang telah aku lalui ini... adalah sesuatu yg tak terduga tapi tetap akan dilalui bila tiba masanya. Tiada lagi panggilan 'mak' yg dapat kuucap...Tiada lagi panggilan 'adik' yg dapat kudengar dari suara mak... :-( Mengenangkannya, kesedihan dan airmata yang akan menjadi teman setia walaupun ketika mengutuskan do'a dan bacaan al-quran sebagai hadiah buat arwah bonda dan penenang hati yang lara. Harapannya, agar Allah memberikan ganjaran pahala kepada arwah mak atas segala pengorbanan selama hayatnya dan tidak membebani arwah dengan seksaan yang dasyat... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkannya di kalangan orang2 beriman... Ameen... Al-Faatihah.