Beday aku dah dicelebrate awal iaitu pd 5.6.2009 mama ajak kuar makan... Dapat la aku hadiah kerongsang dari Harry... Tima kasih mama, abah, harry n sumer2 lah... ;-)
Masuk je jam 12 mlm, dpt MMS dari Bitah sekuarga. Ada lagu hepi beday lagi tuu... Huhu. Esoknya, kami g kenduri jiran kat umah akak. Aku ni teringin nor la nak makan kek, kononnya baby dlm perut yg nak makan. Rupa2nya, ada SURPRISE yg dirancang oleh hubby ngan Bitah. Diorang sekuarga bersekongkol buat kezutan tu.. Dapatla potong kek ke 31... Thanx 4 d sweet memories. Ingatkan baby nak kuar sama tarikh ngan beday umminya tapi rupa2nya tidak...
Jam 4 pagi, dapat sms dari yatie yg baru sampai dari bandung... Hubby jatuh org ke-3 yg wish aku thn ni... Huhuhu...
Alhamdulillah... akhirnya lahirlah permata hati kami yg ke-3... (atau mungkinkah yg bongsu...?) :-D pada hari Jumaat, 12 Jun 2009, jam 12.30 tgh hari di Pusat Perubatan Kohilal Taman Melawati. Dr kata, baik baby ni, bg peluang ayahnya menunaikan solat jumaat... :-)
Setelah melalui pelbagai ujian... memang tak sabor sgt nak melahirkan zuriat dlm kandungan. Kandungan yg kali ini kurasakan begitu mencabar dan tercabar, begitu menduga dan terduga, begitu menguji dan teruji dan yang seumpama dan sewaktu dgnnya... Pendek kata, begitu teristimewa kerana terpilih utk mengharungi segalanya...
"Dua tiga jenis ikan
Mana nak sama ikan tenggiri
Akhirnya baby selamat dilahirkan
MUHAMMAD KHAIRULNA'IM nama diberi"
Berpantang tanpa mak...
Melalui saat-saat berpantang tanpa mak... adalah satu pengalaman yg amat mencabar rasanya... Dengan bantuan suami & abah, sebenarnya tidak begitu cukup untuk aku laluinya tapi syukur Alhamdulillah, Allah berikan aku kekuatan yg luarbiasa utk aku tempuhinya. Di peringkat awal, memang aku merasakan sakit yg juga luarbiasa...(tak pernah aku rasa sepanjang berpantang anak2 sblm ini)... sakitnya hanya Allah Yg Tahu, aku hanya berdoa agar Allah berikan aku kekuatan, ketabahan dan kesihatan untuk mengharunginya... Terima kasih kuucapkan kpd suami yg bekerja kuat,abah yg sebenarnya dah tak berapa terdaya tapi turut mendayakan dirinya untuk membantu aku & adik beradik yg dtg mengunjung selama aku berpantang ni... Hakikatnya... aku rindukan MAK...
3 comments:
salam..
simpati
sedihnya kisah anda
moga tabah...
salam ziarah..
simpati ikhlas dari saya
moga di kurniakan ketabahan
buat anda
Terima kasih semua...
Post a Comment