Friday, December 16, 2016

Syurga seorang isteri

Dugaan paling besar adalah bersabar..

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja.

Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah...

Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Aamiin. Aamiin.
 "Untuk renungan bersama suami/isteri"
        Wallaahu'a'lam"

#sumber asal perkongsian dari group whatsapp

Friday, April 22, 2016

Kita Yang Berdosa


Ya...aku akui, melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Dan aku juga sering mempertikaikan kesalahan orang lain yang tidak disenangi. Samalah, kesilapan kita orang lain nampak, kesilapan orang lain kita pun nampak...kan kan.. Tapi, percayalah...sedar yang kita melakukan kesilapan & memperbaiki kesilapan itu walau berulang kali jauh lebih baik daripada tak sedar yang kita sebenarnya sedang melakukan kesilapan... hohoho. Kerisauan yang membimbangkan tu... Apatah lagi kalau kita menjadi punca berlakunya satu kesilapan itu... Nonono. Very dangerous. Semoga Allah sentiasa membimbing kita agar diberi kesedaran yang kita sedang tersilap, melembutkan hati2 kita agar sentiasa ringan meminta maaf & juga memaafkan...

"Maafkan saya...dan saya dah maafkan awak juga😉"

Tuesday, April 19, 2016

Pelangi selepas hujan


Alhamdulillah...aku dikurniakan dengan seorang suami yang sangat penyayang, yang sentiasa memimpin tanganku drpd jauh tersasar dari landasan. Dia banyak mengingatkan aku yang terlupa, sering menyedarkan aku yg tersalah. Dia faham...keadaan aku, cuma yang dia selalu pesan "banyakkan istighfar, sabar..." Dia pun tahu, bukannya aku tak sabar selama ni tapi tu la nak buat macam mana, dah sampai masanya nak meletup... 

Malam tadi baru aku tahu yang sebenarnya encik suami sudahpun "heart to heart" dgn Aiman. Dia dah pesan pada Aiman "jgn kecik hati kalau time aiman balik ummi tak ikut ambil @ hantar. Jangan tunjuk muka kecewa kalau tak dapat pegi mana2. Aiman kena faham keadaan kita sekarang ni macammana. Kena terima & redha. Aiman jgn risau, mungkin bukan sekarang Aiman tak dapat semua yang Aiman nak, insyaaAllah sampai masanya nanti Aiman dapat lebih drpd tu"

Wohaa...aku tersangat lah lega dengan reaksi drpd Aiman yg tenang... syukur sgt2, suami bentindak matang dgn seorg anak soleh yg juga semakin matang usianya. Terima kasih Ya Allah. Biarlah apa sekalipun tanggapan mereka... hanya Allah sahaja yg selayaknya menilai. Hidup perlu diteruskan dengan tenang, aman dan damai.

Monday, April 18, 2016

Impian bersatu di jannah


Kesian Aiman... balik yang kali ni sangatlah menghampakan dia. Tak dapat ke mana2 meluangkan masa bersama keluarga, tak dapat tidur kat rumah atok mamanya. Dan yang paling syahdu..ummi tak ikut hantar ke asrama. Masa ummi hantar kat depan pagar rumah, aiman dah nangis kat dalam kereta. Dan untuk pertama kalinya, akhirnya air mata yang selama ini ummi pertahankan gugur juga di depan dia. Maafkan ummi ye aiman, ummi tak kuat, ummi lemah. Aiman tolong doakan ummi kuat & sihat untuk terus menempuh semua ini. 

Selepas subuh ahad sebelum aiman bersiap2 untuk pulang ke asrama, dapatlah aku berkumpul anak beranak. Memohon maaf atas segala khilaf, juga memohon supaya anak2ku turut berdoa agar sama2 redha dengan apa yang sedang kami lalui ini. "korang terpilih...diuji dengan ujian sebegini". Ketika umur kalian yg memerlukan perhatian, korang kena sama2 bantu ummi menguruskan rumah, adik2 & juga atok yg uzur. Tak semua orang dapat merasa uruskan orang tua yang uzur walaupun mereka dewasa, tapi Aiman...dah boleh lakukan semua tu seawal usianya 12 tahun. Alhamdulillah...Allah mudahkan setiap kesulitan.

Dulu...Aiman menyaksikan atoknya menguruskan onyangnya yg uzur. Sekarang, giliran umminya pula menguruskan atoknya. Episod drama lama yang diulang tayang. Bagaikan pita rakaman di pertontonkan semula tapi dalam keadaan realiti yang berbeza. Dulu, Aiman kecik sangat lagi...apa la yang dia faham.  Tapi sekarang Aiman meningkat dewasa. Dia  mula memahami apa yang umminya lalui dan dia cuba membantu sedaya upaya dia untuk meringankan kerja2 umminya.

Apalah sangat ujianku ini... ujian kecik je. Ujian seringan ini pun tak boleh nak sabar ke... huhuhu. Ye.. mungkin itulah tanggapan orang yang tak melalui apa yg kita lalui. Setiap orang bahagian ujiannya lain2 kan... cuma siapalah kita untuk nengukur berat @ ringan nya  bahagian ujian masing2 itu. Kita rasa ujian kita tu la yg paling hebat yg paling besar walhal pada org lain ada yg lebih hebat & besar drpd ujian kita. Tiada kayu pengukurnya di situ...cukuplah sekadar kita mendoakan agar siapa2pun yang sedang diuji dengan apa2 ujian sekalipun agar dipermudahkan segala kesulitan. Itu jauh lebih baik...

Berbalik kepada kisah aku tadi.. Aku benar2 kecewa dan terasa hati kali ni. Langsung tak nampak ihsan lagi. Aku bagaikan tidak dipeduli. Dibiarkan terawang2 melayan perasaan sendiri. Setelah puas aku mencari akhirnya aku mengerti...aku sedang terus diuji. Kali ini ujiannya mungkin lebih berat lagi. Kerana hilang sudah maruah diri dengan tanggapan buruk drpd adik.beradik sendiri. Pastinya apa yg diorang nampak aku sepertinya tidak sabar untuk menguruskan abah lagi. Jauh di sudut hati ini bukan itu yang bermain di benak hati. Mereka sudah mula salah erti dengan apa yang sebenarnya aku hajati...
Tapi tidak mengapa, Allah kan ada... Aku kembalikan perasan ini kepada pemilik dan pencipta segala perasaan. Cakap banyak pun kadang2 tak de gunanya. Kalau dah orang salah faham, salah kita jugak yang dinampaknya. Lagi dipertikaikan pulak ilmu yang kita ada... maka berdiam diri je la nampak gayanya...

Buat anakanda Khairul Aiman, maaf kali ni ummi tak de mood nak ber sticky note. Cuma ingat lah apa yang ummi cakap masa kat kereta semalam...
"semoga pengorbanan kita yang sekecil ini menjadi asbab untuk kita semua bersatu semula di jannah nanti" Aamiin

Saturday, February 20, 2016

Steven Johnson Syndrome - perginya anak syurga

Haziq...7 thn 8bln dipinjamkan utk bersama keluarga kami. Kuat semangatnya untuk bertahan menanggung kesakitan.
Haziq...antara anak syurga yang terpilih, sangat2 beruntung. Bergembiralah dikau disana duhai anakanda...
Janji Allah itu benar. Haziq seorang anak yg baik, yang menyenangkan hati semua orang. Orang baik memang di sayang Allah. Menjadi sumber inspirasi untuk kita sama2 cuba menjadi orang yang baik2 juga... insyaaAllah.
Ini antara ucapan takziah drp doktor & jururawat hospital. Semoga menjadi iktibar buat kita agar terus kuat ketika diuji dengan kesakitan...
******************************************
Salam faidhirah.. Sy rafiza.. Salah satu dr dari icu.. Tp telah bertukar jabatan .. Sy ingin mengucapkan takziah kpd keluarga haziq.. Tlg smpaikan takziah pd ibu haziq yg sgt kuat stp hari menjaga haziq.. Sy sendiri sempat berckp2 dgn haziq sblm tiub nafas dimasukkan.. Ahhh.. Haziq mmg seorg budak yg sgt kuat dan sgt baik.. Dia pasrah dgn rawatan yg kami buat kat dia.. Wpun sakit, dia diam je..
Mmg setiap mlm sy doakan haziq sjk hari tu.. Sedih jugak bila tau haziq meninggal smlm.. Tp Allah lebih sayangkan dia...
Semoga tuhan merahmati roh adik haziq.. Al fatihah.. Maaf ye.. Sy sekadar berkongsi.. ~Doktor~
*****************************************
Takziah..alfatihah utk adik haziq...budak y kuat smngt..spi sy ng kwn da trikut lgu bintang kgemaran adik nih...bila sedar je cari mak abah...nk dgr lagu bintang kt tab..nk tido peluk bntal angrybird😢.smoga family haziq tabah n kuat smngt..insyaAllah... ~jururawat~

#DamailahHaziqDisana
#stevenjohnsonsyndrome
#postkudiFB
__________________________________________________________________________________________

Tanggal 16.02.2016 jam 12.14 tgh hr, Haziq...anak saudaraku (anak bongsu kpd kakakku) telah kembali ke rahmatullah. Dari Allah kita dtg kepadaNya jua kita pulang. 
Haziq telah menderita selama 23hari di ICU kerana sakit Steven Johnson Syndrome (sjs). Kronologi kisah Haziq akan aku cuba kongsikan kemudian nanti dengan persetujuan ahli keluarganya.

Sabtu 13hb, aku dgn Aiman berkesempatam masuk ke bilik rawatan Haziq setelah sekian lama Haziq di ICU selama ni memang kami hanya tengok Haziq dr luar cermin biliknya. Haziq tak boleh bercakap disebabkan mulutnya penuh dengan wayar bantuan pernafasan dan macam2 lg. Haziq pun dah mula tak dapat melihat dengan jelas. Haziq hanya berkomunikasi melalui   isyarat tangan dan menulis di atas buku untuk memyampaikan apa yang ingin dia maklumkan. Bila Haziq tunjukkan isyarat tangannya nak bersalam maka kakak aku pun menyuruh aku & Aiman masuk (katanya tak sampai hati pulak. Lepaskanlah hajatnya nak bersalam) hmmm naluri ibu, begitulah.
Masa salam aku cakap "haziq...acu dtg ni...haziq nampak acu tak?" dia geleng :'-(
Masa salam Aiman pulak aku tanya "ni abg aiman...Haziq ingat lagi abg Aiman? Dia angguk. Masa dari luar bilik lagi aku memang dah banjir...sebab rindu berbaur sedih dgn keadaan dia...Allahu... Masa tu misi tengah dressing muka dia. Lepas salam Haziq buat isyarat nak tukar lagu...dia nak lagu "bintang2 dilangit, lagu kegemaran dia nyanyian didi n friends".
Bila kitorang dah balik Aiman cerita yang Haziq tak nak lepaskan tangan dia masa salam tu. Aku mula terdetik sesuatu tapi aku cuba nafikan dan terus mengharapkan keajaiban.

Ahad, 14hb. Masa hantar Aiman kat asrama, nampak sungguh muka Aiman mcm org x sedap hati. Aku pun tanya "Aiman ni kenapa...ada apa2 yg Aiman nk bgtau ummi ke..." Aiman cuma kata "klu ada apa2 nanti ummi bgtau ye..."

16hb. Jam 5pagi aku dapat call drpd Bitah (kakak sulung Haziq) mengatakan yg Haziq dah kritikal. Doktor benarkan sesiapa je datang tgk Haziq. Allah Allah...masa tu terus aku teringat pesan Aiman tu. Hati mula berdebar2 namun tetap lagi mengharapkan keajaibanNya. En suami bawak mama (mertua) check up ke IKN. Bila dapat berita terus dia bersiap2 utk ambil anak2 di sekolah dan aku menunggu di rumah. Angah... (kakak Haziq no 2) sentiasa melaporkan keadaan semasa di hospital waktu tu. Kakak aku pada mulanya belum bersedia untuk melepaskan Haziq pergi...setelah dia mula rela & bersedia...Haziq pun pergi dengan tenangnya... kami masih di rumah ketika dapat berita tentang pemergian Haziq... 

Dihari2 terakhir...arwah ada memberitahu pd maknya melalui gerakan bibir yg dia ada bermimpi. Maknya tanya haziq mimpi apa? Haziq tulis "tempat duduk org kawin" Allah Allah... kawin tu inda, haziq mimpi yg indah tu.. petanda bayangan indahnya tempat haziq disana.

Pemergian Haziq memberikan "sesuatu" buat kita yg mahu berfikir. Syurga itu indah...namun bukanlah mudah utk dijengah. Perlu bersusah payah & berpenat lelah. Tengok shj haziq...seorg anak syurga yg dah dijamin syurga pun telah melalui satu fasa yang tersangatlah menyeksakan dia menanggung derita sakitnya...Allahu Allah.

Haziq...sudahpun mengikut jejak arwah opahnya (arwah mak & arwah haziq berkongsi tarikh lahir yg sama iaitu 7 Mei) dan kami...bakal menyusul pergi. Siapa, bila, dimana & bagaimana...tiada siapa yg tahu. Kami yg tinggal perlu terus menyediakan bekalan utk kesana. Semoga kita semua dapat bertemu kembali di syurga abadi....aamiin...Ya Rabb




Wednesday, August 26, 2015

Syawal 2015

Kisah Syawal 2015...lambat pulak updatenya. 
Pagi2 Syawal kami cuma hantar gambar keluarga masing2 yang sedondon di group wasap. Selepas solat jumaat kami berkumpul di rumah yg penuh dengan 1001 kenangan pahit manis ini selepas 6 tahun pemergian bonda tercinta... Alhamdulillah sampai juga hajat untuk merakam kenangan ini. Dengan jayanya kami berwefie.
#ThankYouAllah #AllahMahaBesar #AllahMahaMengetahui



Thursday, July 2, 2015

Warkah buat puterasulungku

Assalamu'alaikum Khairul Aiman...
 بسم الله الرحمن الرحيم
Pertama sekali, ummi ingin ma'lumkan yg ummi dah pun ma'afkan Aiman atas apa yg Aiman lakukan. Sekalipun ummi kecewa dan rasa letih dgn semua ini, namun ummi takkan pernah lelah & beralah untuk terus memperbaiki keadaan. Sekurang-kurangnya ummi tahu Aiman ada rasa bersalah dalam diri, dan Aiman dah pun berjanji takkan buat lagi walau itu perjanjian yg dah entah ke berapa kalinya...Ummi tak kisah asalkan Aiman ingat janji2 Aiman tu sampai bila2...

Khairul Aiman permata hati ummi & abah...
Ummi redha atas apa yang berlaku. Biarlah ummi menangis hingga keluar air mata darah sekalipun, ummi harus akur bahawa ini semua adalah "bahagian" ummi yg ummi kena lalui. Pinta ummi pada Allah "Ya Allah...aku redha dgn ujianMu. Aku sedar yg aku pernah melukakan...dan sekarang adalah giliranku merasai bagaimana sakitnya dilukakan. Ampunilah aku Ya Allah...dan aku ma'afkan anak2 yg melukakan hatiku"

Khairul Aiman yg bertuah...
Ingatlah pesan ummi, "mengakui kesilapan sendiri bukanlah sesuatu yg menjatuhkan maruah diri dan sesuatu yg kita belajar dari kesilapan yg kita lakukan adalah jauh lebih baik drpd kita tidak sedar yg kita sedang membuat silap"
Andainya kita melakukan dosa terhadap Allah...cepat2lah memohon keampunanNya. Andainya sudah berbuat silap sesama manusia bersegeralah meminta maaf darinya sebab kemaafan itu sebahagian dari ketenangan hidup.

Khairul Aiman, da'ie ummi & abah...
Hidup ini adalah sebuah perjalanan menuju Allah. Aiman ingat lagi tak kita pernah janji untuk sama2 menuju jannah? Jgn heret ummi & abah ke neraka Allah naaak... Ummi & abah tidak mahu menjadi ibu ayah yg derhaka. Bantulah kami agar kami tidak gagal dalam mendidik Aiman & adik2 mengenal Allah & mencari Redha Allah...

Khairul Aiman, contoh teladan adik2...
Ummi sedar, Aiman semakin besar & dewasa. Ummi pasti merindui keletah2 Aiman masa kecik2 dulu. Teringat lagi kegemaran Aiman dulu menonton pingu, skarg Aiman sibuk dgn minecraft & runningman. Terlalu mencabar godaan dunia buat kalian zaman bergadget ni duhai anak... sejauh mana kuatnya kesedaran jiwa & kekentalan mentalmu yang hanya dapat membantu bagaimana hendak menyeimbangkan semua itu & hanya ketahanan imanmu yg dapat memastikan yg mana satu yg perlu didahulukan... solat @ main game.

Khairul Aiman yg sentiasa dlm rahmat Allah...
Ummi mohon maaf atas sebarang kelalaian & kesilapan ummi mendidik kalian selama ini. Ummi harap kita dapat sama2 perbaiki. Aiman adalah harapan ummi & abah, contoh terbaik buat adik2, pembela adik2 andainya kami pergi dulu suatu hari nanti. Pastinya...kalian adalah harta paling berharga bagi kami... pengirim doa buat kami semasa hidup sehinggalah kami ke alam kubur nanti. Kami menantikan doa2 dari anak2 yg soleh dan solehah...

Khairul Aiman yg soleh wa musleh...
Ummi tahu Aiman tu hemsem mcm abah...(ececeh) tapi hemsem tu lebih terserlah bila akhlaknya lebih indah, tatkala hatinya hanya terpaut dengan perkara2 yg mendekatkan diri dengan Allah. Macam ummi suka kat abah dulu lah...sbb abah tu rajin solat jemaah kat surau/masjid. Kat sekolah sekarang pun Aiman dah ada follower (peminat) kan...jadi pandai2lah Aiman mengawal diri. Fokuskan niat untuk memahami 'ilmu itu kerana Allah Ta'ala...
Sudilah kiranya Aiman menjadikan ummi ni sebagai BFF Aiman dunia akhirat. Kalau ada apa2 nak dirujuk, tanya la ummi ye. "KITA KAN GENG"

Akhir sekali, Ummi nak Aiman tahu yg ummi sayang sgt Aiman...sayang sgt2. Ummi tahu Aiman pun sayang ummi sgt2 jugak kan... Ummi rindu dengan Aiman pada zaman dahulu, yg menjadi imam kepada adiknya Khairul Baarizah. Aiman seorang yang bijak, yang baik, yang rajin, yang sentiasa taat perintah Allah, yang hormat orang tua dan disenangi semua orang...InsyaaAllah, ummi akan sebut yang baik2 aje...

Salam sayang, ~UMMI~