Setiap tahun yang berlalu meninggalkan kenangan yang tersendiri. Kisah suka dan dukanya kekal dalam memori. Terima kasih untuk kalian yang datang dan pergi dalam journey ini. Ianya merupakan sesuatu yang sangat berharga dan tak mungkin dilupai.
Terlalu banyak yang saya pelajari. Sangat terkesan untuk perbaiki diri. Semakin banyak kesilapan orang yang kita tontoni, lebih banyak kekhilafan kita yang dapat dikesani. Waktu itulah kita belajar mengenali diri sendiri.
Selamat tinggal 2018. Selamat datang 2019, tahun yang penuh dengan harapan yang menggunung tinggi. Semoga dianugerahkan rezeki untuk melaluinya dengan sebaik-baik perancangan Ilahi.
Niat berhijrah itu sentiasa ada, bukan hanya ketika tahun baru tiba. Berubah ke arah yang lebih baik semata-mata kerana Allah itu perlu bermula.
Maka bermulalah perjalanan mujahadah ini. Mujahadah dalam menjaga hati. Mujahadah untuk meninggalkan jejak yang bermanfaat sebelum pulang ke negeri abadi.
Faidhirah Demi Masa,
1 Januari 2019
No comments:
Post a Comment