Spring Text - http://www.springtext.com

Friday, January 25, 2019

Sesi persekolahan 2019

Seminggu sebelum bermulanya persekolahan, abang Naim dah mula berkongsi cerita dengan Kak cik bagaimana suasana di sekolah nanti.

Naim : Kakcik, nanti bila nak pergi toilet kena bagitau dengan muallimah tau. "muallimah, izin kan saya ke tandas"
Kalau nak cakap dengan muallimah ke kawan ke, guna ana. Ana tu bahasa arab maksudnya saya. 
Nak cakap dengan kawan lelaki, panggil enta. Kalau kawan perempuan panggil enti.

Kakcik : Enta? Enti? (blur)

Ummi biarkan saja perbualan dua beradik tu. Comel... Haha. Time begini comel lah, cuba time bergaduh, ummi lah yang tak berhenti membebel 🙆‍♀️

Sehari sebelum mula sekolah..

"ummi, i am so eksaitid to go to school" kak cik keriangan.

"excited la kak cik... Bukan eksaitid" ummi membetulkan sambil tergelak kecil.

"ooh... Ok excited!" jawab kak cik.

Dok count down je berapa hari lagi nak sekolah. Tabarakallah kak cik. Semangat kuat nak menuntut ilmu Allah.

Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanyaNampak je muka ummi kak cik mula bercerita "ummi... Tadikan, bla bla bla.." sambil ambil kasut kat rak je pun sempat. Hehe... Kak cik kak cik.

Naim bangga dengan kak cik sebab adiknya tu tidak menangis kat sekolah. Rupa-rupanya dia dulu menangis cari kakak kat kelas hari pertama sekolah. Patutlah beriya tak nak kak cik sama sekolah dengan dia. Terjawab juga persoalan itu... 😀

Tuesday, January 1, 2019

Selamat tinggal 2018

Setiap tahun yang berlalu meninggalkan kenangan yang tersendiri. Kisah suka dan dukanya kekal dalam memori. Terima kasih untuk kalian yang datang dan pergi dalam journey ini. Ianya merupakan sesuatu yang sangat berharga dan tak mungkin dilupai. 

Terlalu banyak yang saya pelajari. Sangat terkesan untuk perbaiki diri. Semakin banyak kesilapan orang yang kita tontoni, lebih banyak kekhilafan kita yang dapat dikesani. Waktu itulah kita belajar mengenali diri sendiri.

Selamat tinggal 2018. Selamat datang 2019, tahun yang penuh dengan harapan yang menggunung tinggi. Semoga dianugerahkan rezeki untuk melaluinya dengan sebaik-baik perancangan Ilahi.

Niat berhijrah itu sentiasa ada, bukan hanya ketika tahun baru tiba. Berubah ke arah yang lebih baik semata-mata kerana Allah itu perlu bermula. 

Maka bermulalah perjalanan mujahadah ini. Mujahadah dalam menjaga hati. Mujahadah untuk meninggalkan jejak yang bermanfaat sebelum pulang ke negeri abadi.

Faidhirah Demi Masa, 
1 Januari 2019