Kesian Aiman... balik yang kali ni sangatlah menghampakan dia. Tak dapat ke mana2 meluangkan masa bersama keluarga, tak dapat tidur kat rumah atok mamanya. Dan yang paling syahdu..ummi tak ikut hantar ke asrama. Masa ummi hantar kat depan pagar rumah, aiman dah nangis kat dalam kereta. Dan untuk pertama kalinya, akhirnya air mata yang selama ini ummi pertahankan gugur juga di depan dia. Maafkan ummi ye aiman, ummi tak kuat, ummi lemah. Aiman tolong doakan ummi kuat & sihat untuk terus menempuh semua ini.
Selepas subuh ahad sebelum aiman bersiap2 untuk pulang ke asrama, dapatlah aku berkumpul anak beranak. Memohon maaf atas segala khilaf, juga memohon supaya anak2ku turut berdoa agar sama2 redha dengan apa yang sedang kami lalui ini. "korang terpilih...diuji dengan ujian sebegini". Ketika umur kalian yg memerlukan perhatian, korang kena sama2 bantu ummi menguruskan rumah, adik2 & juga atok yg uzur. Tak semua orang dapat merasa uruskan orang tua yang uzur walaupun mereka dewasa, tapi Aiman...dah boleh lakukan semua tu seawal usianya 12 tahun. Alhamdulillah...Allah mudahkan setiap kesulitan.
Dulu...Aiman menyaksikan atoknya menguruskan onyangnya yg uzur. Sekarang, giliran umminya pula menguruskan atoknya. Episod drama lama yang diulang tayang. Bagaikan pita rakaman di pertontonkan semula tapi dalam keadaan realiti yang berbeza. Dulu, Aiman kecik sangat lagi...apa la yang dia faham. Tapi sekarang Aiman meningkat dewasa. Dia mula memahami apa yang umminya lalui dan dia cuba membantu sedaya upaya dia untuk meringankan kerja2 umminya.
Apalah sangat ujianku ini... ujian kecik je. Ujian seringan ini pun tak boleh nak sabar ke... huhuhu. Ye.. mungkin itulah tanggapan orang yang tak melalui apa yg kita lalui. Setiap orang bahagian ujiannya lain2 kan... cuma siapalah kita untuk nengukur berat @ ringan nya bahagian ujian masing2 itu. Kita rasa ujian kita tu la yg paling hebat yg paling besar walhal pada org lain ada yg lebih hebat & besar drpd ujian kita. Tiada kayu pengukurnya di situ...cukuplah sekadar kita mendoakan agar siapa2pun yang sedang diuji dengan apa2 ujian sekalipun agar dipermudahkan segala kesulitan. Itu jauh lebih baik...
Berbalik kepada kisah aku tadi.. Aku benar2 kecewa dan terasa hati kali ni. Langsung tak nampak ihsan lagi. Aku bagaikan tidak dipeduli. Dibiarkan terawang2 melayan perasaan sendiri. Setelah puas aku mencari akhirnya aku mengerti...aku sedang terus diuji. Kali ini ujiannya mungkin lebih berat lagi. Kerana hilang sudah maruah diri dengan tanggapan buruk. Pastinya apa yg diorang nampak aku sepertinya tidak sabar untuk menguruskan abah lagi. Jauh di sudut hati ini bukan itu yang bermain di benak hati. Itu adalah salah erti dengan apa yang sebenarnya aku hajati...
Tapi tidak mengapa, Allah kan ada... Aku kembalikan perasan ini kepada pemilik dan pencipta segala perasaan. Cakap banyak pun kadang2 tak de gunanya. Kalau dah orang salah faham, salah kita jugak yang dinampaknya. Lagi dipertikaikan pulak ilmu yang kita ada... maka berdiam diri je la nampak gayanya...
Buat anakanda Khairul Aiman, maaf kali ni ummi tak de mood nak ber sticky note. Cuma ingat lah apa yang ummi cakap masa kat kereta semalam...
"semoga pengorbanan kita yang sekecil ini menjadi asbab untuk kita semua bersatu semula di jannah nanti" Aamiin

No comments:
Post a Comment