Spring Text - http://www.springtext.com

Wednesday, May 12, 2010

Tidak diduga...

Pada petang 26 April 2010,aku menerima panggilan telefon dari Pusat Kad Bank Islam.
Pemanggil : Assalamualaikum,boleh saya bercakap dgn Pn Faidhirah
Aku : Ya,bercakap
Pemanggil : Saya Anisah,dari Bank Islam Card Centre. Puan telah berjaya menerima sebuah netbook Dell Inspiron sempena cabutan Bonanza 48hours. Boleh saya dapatkan beberapa maklumat untuk pengesahan...
Aku : Eh,betul ke ni???
Pemanggil : Ya, betul puan...
Aku : Syukur Alhamdulillah,maaflah saya terkejut nih
Pemanggil : Tak pe puan... (dlm hati mesti Pn Anisah ni kata: apalah kalutnya dia nih) Tu anggapan aku je le,ntah2 dia x kisah apa pun...huhu
Setelah aku mengesahkan apa yg patut disahkan,Pn Anisah kata maklumat lanjut akan diemailkan secepat mungkin. Abis je settle ngan Puan tu,aku apa lagi...terus la call hubby dgn tergesa2nya...dipendekkan citer,hubby pun pastinya turut bersyukur dan tumpang gumbira la... Lps je dapat email tu,hubby pun apply la cuti utk meraikan majlis tersebut...

Ketika menghadiri majlis itu pada 10 Mei 2010 (Isnin),kami dimaklumkan seramai 77orang berjaya memiliki Dell 10 inci tu. Dalam 77orang tu, ada seorang ni memang lucky betul la, dia dapat 3 biji netbook tu... Hmm...Yang aku dah sedia ada purfel kaler,yang dapat ni black kaler. Oklah tu kan,tak la ralat sgt kalau nak jual...:-)

Itulah rezeki Allah... Yang berhak memberi dan juga mengambil kembali apa jua yg dipinjamkanNya kepada kita. Kita hanya patut bersyukur dgn segala nikmatNya dan memanfaatkan sebaiknya apa jua yang diberikan kepada kita. Wallahua'lam...

No comments: