Spring Text - http://www.springtext.com

Sunday, November 21, 2010

Lihatlah dengan mata hatimu...

Rasanya ramai yang sedar akan kemunculan Maher Zain (MZ) nih... Sangat2 tertarik dengan pendekatannya yang 'bersahaja', mampu menarik minat pelbagai golongan masyarakat & membawa AURA yang tersendiri dalam dunia hiburan masa kini..dengan kata lainnya, good influence

Menurut sejarahnya, MZ pernah "LEKA" suatu ketika dulu & kini, dengan izin Allah dia sedang melalui dunia baru hijrahnya. Antara yang dapat disunting dari siaran TV9 sempena AidilAdhabaru2 ini ialah :
  • Katanya : Apa yang paling penting dalam lagu saya adalah mesej yang disampaikan
  • Katanya juga : Saya hanya mampu menyanyi, tidak mungkin saya mampu mengubah dunia, saya tidak boleh lakukannya sendirian tapi kita boleh lakukannya bersama
  • Katanya lagi : Biar sejauh mana pun kita pernah tersasar, kembalilah kepada Allah & berdampinglah dengan persekitaran yang baik
Moral of the story :
Berhibur itu tidak salah, yang salahnya ialah memilih hiburan yang salah. Kembalilah kepada fitrah,bahawasanya hanya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang

Wallahua'lam

No comments: