Spring Text - http://www.springtext.com

Monday, April 18, 2016

Impian bersatu di jannah


Kesian Aiman... balik yang kali ni sangatlah menghampakan dia. Tak dapat ke mana2 meluangkan masa bersama keluarga, tak dapat tidur kat rumah atok mamanya. Dan yang paling syahdu..ummi tak ikut hantar ke asrama. Masa ummi hantar kat depan pagar rumah, aiman dah nangis kat dalam kereta. Dan untuk pertama kalinya, akhirnya air mata yang selama ini ummi pertahankan gugur juga di depan dia. Maafkan ummi ye aiman, ummi tak kuat, ummi lemah. Aiman tolong doakan ummi kuat & sihat untuk terus menempuh semua ini. 

Selepas subuh ahad sebelum aiman bersiap2 untuk pulang ke asrama, dapatlah aku berkumpul anak beranak. Memohon maaf atas segala khilaf, juga memohon supaya anak2ku turut berdoa agar sama2 redha dengan apa yang sedang kami lalui ini. "korang terpilih...diuji dengan ujian sebegini". Ketika umur kalian yg memerlukan perhatian, korang kena sama2 bantu ummi menguruskan rumah, adik2 & juga atok yg uzur. Tak semua orang dapat merasa uruskan orang tua yang uzur walaupun mereka dewasa, tapi Aiman...dah boleh lakukan semua tu seawal usianya 12 tahun. Alhamdulillah...Allah mudahkan setiap kesulitan.

Dulu...Aiman menyaksikan atoknya menguruskan onyangnya yg uzur. Sekarang, giliran umminya pula menguruskan atoknya. Episod drama lama yang diulang tayang. Bagaikan pita rakaman di pertontonkan semula tapi dalam keadaan realiti yang berbeza. Dulu, Aiman kecik sangat lagi...apa la yang dia faham.  Tapi sekarang Aiman meningkat dewasa. Dia  mula memahami apa yang umminya lalui dan dia cuba membantu sedaya upaya dia untuk meringankan kerja2 umminya.

Apalah sangat ujianku ini... ujian kecik je. Ujian seringan ini pun tak boleh nak sabar ke... huhuhu. Ye.. mungkin itulah tanggapan orang yang tak melalui apa yg kita lalui. Setiap orang bahagian ujiannya lain2 kan... cuma siapalah kita untuk nengukur berat @ ringan nya  bahagian ujian masing2 itu. Kita rasa ujian kita tu la yg paling hebat yg paling besar walhal pada org lain ada yg lebih hebat & besar drpd ujian kita. Tiada kayu pengukurnya di situ...cukuplah sekadar kita mendoakan agar siapa2pun yang sedang diuji dengan apa2 ujian sekalipun agar dipermudahkan segala kesulitan. Itu jauh lebih baik...

Berbalik kepada kisah aku tadi.. Aku benar2 kecewa dan terasa hati kali ni. Langsung tak nampak ihsan lagi. Aku bagaikan tidak dipeduli. Dibiarkan terawang2 melayan perasaan sendiri. Setelah puas aku mencari akhirnya aku mengerti...aku sedang terus diuji. Kali ini ujiannya mungkin lebih berat lagi. Kerana hilang sudah maruah diri dengan tanggapan buruk. Pastinya apa yg diorang nampak aku sepertinya tidak sabar untuk menguruskan abah lagi. Jauh di sudut hati ini bukan itu yang bermain di benak hati. Itu adalah salah erti dengan apa yang sebenarnya aku hajati...
Tapi tidak mengapa, Allah kan ada... Aku kembalikan perasan ini kepada pemilik dan pencipta segala perasaan. Cakap banyak pun kadang2 tak de gunanya. Kalau dah orang salah faham, salah kita jugak yang dinampaknya. Lagi dipertikaikan pulak ilmu yang kita ada... maka berdiam diri je la nampak gayanya...

Buat anakanda Khairul Aiman, maaf kali ni ummi tak de mood nak ber sticky note. Cuma ingat lah apa yang ummi cakap masa kat kereta semalam...
"semoga pengorbanan kita yang sekecil ini menjadi asbab untuk kita semua bersatu semula di jannah nanti" Aamiin

Saturday, February 20, 2016

Steven Johnson Syndrome - perginya anak syurga

Haziq...7 thn 8bln dipinjamkan utk bersama keluarga kami. Kuat semangatnya untuk bertahan menanggung kesakitan.
Haziq...antara anak syurga yang terpilih, sangat2 beruntung. Bergembiralah dikau disana duhai anakanda...
Janji Allah itu benar. Haziq seorang anak yg baik, yang menyenangkan hati semua orang. Orang baik memang di sayang Allah. Menjadi sumber inspirasi untuk kita sama2 cuba menjadi orang yang baik2 juga... insyaaAllah.
Ini antara ucapan takziah drp doktor & jururawat hospital. Semoga menjadi iktibar buat kita agar terus kuat ketika diuji dengan kesakitan...
******************************************
Salam faidhirah.. Sy rafiza.. Salah satu dr dari icu.. Tp telah bertukar jabatan .. Sy ingin mengucapkan takziah kpd keluarga haziq.. Tlg smpaikan takziah pd ibu haziq yg sgt kuat stp hari menjaga haziq.. Sy sendiri sempat berckp2 dgn haziq sblm tiub nafas dimasukkan.. Ahhh.. Haziq mmg seorg budak yg sgt kuat dan sgt baik.. Dia pasrah dgn rawatan yg kami buat kat dia.. Wpun sakit, dia diam je..
Mmg setiap mlm sy doakan haziq sjk hari tu.. Sedih jugak bila tau haziq meninggal smlm.. Tp Allah lebih sayangkan dia...
Semoga tuhan merahmati roh adik haziq.. Al fatihah.. Maaf ye.. Sy sekadar berkongsi.. ~Doktor~
*****************************************
Takziah..alfatihah utk adik haziq...budak y kuat smngt..spi sy ng kwn da trikut lgu bintang kgemaran adik nih...bila sedar je cari mak abah...nk dgr lagu bintang kt tab..nk tido peluk bntal angrybird😢.smoga family haziq tabah n kuat smngt..insyaAllah... ~jururawat~

#DamailahHaziqDisana
#stevenjohnsonsyndrome
#postkudiFB
__________________________________________________________________________________________

Tanggal 16.02.2016 jam 12.14 tgh hr, Haziq...anak saudaraku (anak bongsu kpd kakakku) telah kembali ke rahmatullah. Dari Allah kita dtg kepadaNya jua kita pulang. 
Haziq telah menderita selama 23hari di ICU kerana sakit Steven Johnson Syndrome (sjs). Kronologi kisah Haziq akan aku cuba kongsikan kemudian nanti dengan persetujuan ahli keluarganya.

Sabtu 13hb, aku dgn Aiman berkesempatam masuk ke bilik rawatan Haziq setelah sekian lama Haziq di ICU selama ni memang kami hanya tengok Haziq dr luar cermin biliknya. Haziq tak boleh bercakap disebabkan mulutnya penuh dengan wayar bantuan pernafasan dan macam2 lg. Haziq pun dah mula tak dapat melihat dengan jelas. Haziq hanya berkomunikasi melalui   isyarat tangan dan menulis di atas buku untuk memyampaikan apa yang ingin dia maklumkan. Bila Haziq tunjukkan isyarat tangannya nak bersalam maka kakak aku pun menyuruh aku & Aiman masuk (katanya tak sampai hati pulak. Lepaskanlah hajatnya nak bersalam) hmmm naluri ibu, begitulah.
Masa salam aku cakap "haziq...acu dtg ni...haziq nampak acu tak?" dia geleng :'-(
Masa salam Aiman pulak aku tanya "ni abg aiman...Haziq ingat lagi abg Aiman? Dia angguk. Masa dari luar bilik lagi aku memang dah banjir...sebab rindu berbaur sedih dgn keadaan dia...Allahu... Masa tu misi tengah dressing muka dia. Lepas salam Haziq buat isyarat nak tukar lagu...dia nak lagu "bintang2 dilangit, lagu kegemaran dia nyanyian didi n friends".
Bila kitorang dah balik Aiman cerita yang Haziq tak nak lepaskan tangan dia masa salam tu. Aku mula terdetik sesuatu tapi aku cuba nafikan dan terus mengharapkan keajaiban.

Ahad, 14hb. Masa hantar Aiman kat asrama, nampak sungguh muka Aiman mcm org x sedap hati. Aku pun tanya "Aiman ni kenapa...ada apa2 yg Aiman nk bgtau ummi ke..." Aiman cuma kata "klu ada apa2 nanti ummi bgtau ye..."

16hb. Jam 5pagi aku dapat call drpd Bitah (kakak sulung Haziq) mengatakan yg Haziq dah kritikal. Doktor benarkan sesiapa je datang tgk Haziq. Allah Allah...masa tu terus aku teringat pesan Aiman tu. Hati mula berdebar2 namun tetap lagi mengharapkan keajaibanNya. En suami bawak mama (mertua) check up ke IKN. Bila dapat berita terus dia bersiap2 utk ambil anak2 di sekolah dan aku menunggu di rumah. Angah... (kakak Haziq no 2) sentiasa melaporkan keadaan semasa di hospital waktu tu. Kakak aku pada mulanya belum bersedia untuk melepaskan Haziq pergi...setelah dia mula rela & bersedia...Haziq pun pergi dengan tenangnya... kami masih di rumah ketika dapat berita tentang pemergian Haziq... 

Dihari2 terakhir...arwah ada memberitahu pd maknya melalui gerakan bibir yg dia ada bermimpi. Maknya tanya haziq mimpi apa? Haziq tulis "tempat duduk org kawin" Allah Allah... kawin tu inda, haziq mimpi yg indah tu.. petanda bayangan indahnya tempat haziq disana.

Pemergian Haziq memberikan "sesuatu" buat kita yg mahu berfikir. Syurga itu indah...namun bukanlah mudah utk dijengah. Perlu bersusah payah & berpenat lelah. Tengok shj haziq...seorg anak syurga yg dah dijamin syurga pun telah melalui satu fasa yang tersangatlah menyeksakan dia menanggung derita sakitnya...Allahu Allah.

Haziq...sudahpun mengikut jejak arwah opahnya (arwah mak & arwah haziq berkongsi tarikh lahir yg sama iaitu 7 Mei) dan kami...bakal menyusul pergi. Siapa, bila, dimana & bagaimana...tiada siapa yg tahu. Kami yg tinggal perlu terus menyediakan bekalan utk kesana. Semoga kita semua dapat bertemu kembali di syurga abadi....aamiin...Ya Rabb




Wednesday, August 26, 2015

Syawal 2015

Kisah Syawal 2015...lambat pulak updatenya. 
Pagi2 Syawal kami cuma hantar gambar keluarga masing2 yang sedondon di group wasap. Selepas solat jumaat kami berkumpul di rumah yg penuh dengan 1001 kenangan pahit manis ini selepas 6 tahun pemergian bonda tercinta... Alhamdulillah sampai juga hajat untuk merakam kenangan ini. Dengan jayanya kami berwefie.
#ThankYouAllah #AllahMahaBesar #AllahMahaMengetahui



Thursday, July 2, 2015

Warkah buat puterasulungku

Assalamu'alaikum Khairul Aiman...
 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم
Pertama sekali, ummi ingin ma'lumkan yg ummi dah pun ma'afkan Aiman atas apa yg Aiman lakukan. Sekalipun ummi kecewa dan rasa letih dgn semua ini, namun ummi takkan pernah lelah & beralah untuk terus memperbaiki keadaan. Sekurang-kurangnya ummi tahu Aiman ada rasa bersalah dalam diri, dan Aiman dah pun berjanji takkan buat lagi walau itu perjanjian yg dah entah ke berapa kalinya...Ummi tak kisah asalkan Aiman ingat janji2 Aiman tu sampai bila2...

Khairul Aiman permata hati ummi & abah...
Ummi redha atas apa yang berlaku. Biarlah ummi menangis hingga keluar air mata darah sekalipun, ummi harus akur bahawa ini semua adalah "bahagian" ummi yg ummi kena lalui. Pinta ummi pada Allah "Ya Allah...aku redha dgn ujianMu. Aku sedar yg aku pernah melukakan...dan sekarang adalah giliranku merasai bagaimana sakitnya dilukakan. Ampunilah aku Ya Allah...dan aku ma'afkan anak2 yg melukakan hatiku"

Khairul Aiman yg bertuah...
Ingatlah pesan ummi, "mengakui kesilapan sendiri bukanlah sesuatu yg menjatuhkan maruah diri dan sesuatu yg kita belajar dari kesilapan yg kita lakukan adalah jauh lebih baik drpd kita tidak sedar yg kita sedang membuat silap"
Andainya kita melakukan dosa terhadap Allah...cepat2lah memohon keampunanNya. Andainya sudah berbuat silap sesama manusia bersegeralah meminta maaf darinya sebab kemaafan itu sebahagian dari ketenangan hidup.

Khairul Aiman, da'ie ummi & abah...
Hidup ini adalah sebuah perjalanan menuju Allah. Aiman ingat lagi tak kita pernah janji untuk sama2 menuju jannah? Jgn heret ummi & abah ke neraka Allah naaak... Ummi & abah tidak mahu menjadi ibu ayah yg derhaka. Bantulah kami agar kami tidak gagal dalam mendidik Aiman & adik2 mengenal Allah & mencari Redha Allah...

Khairul Aiman, contoh teladan adik2...
Ummi sedar, Aiman semakin besar & dewasa. Ummi pasti merindui keletah2 Aiman masa kecik2 dulu. Teringat lagi kegemaran Aiman dulu menonton pingu, skarg Aiman sibuk dgn minecraft & runningman. Terlalu mencabar godaan dunia buat kalian zaman bergadget ni duhai anak... sejauh mana kuatnya kesedaran jiwa & kekentalan mentalmu yang hanya dapat membantu bagaimana hendak menyeimbangkan semua itu & hanya ketahanan imanmu yg dapat memastikan yg mana satu yg perlu didahulukan... solat @ main game.

Khairul Aiman yg sentiasa dlm rahmat Allah...
Ummi mohon maaf atas sebarang kelalaian & kesilapan ummi mendidik kalian selama ini. Ummi harap kita dapat sama2 perbaiki. Aiman adalah harapan ummi & abah, contoh terbaik buat adik2, pembela adik2 andainya kami pergi dulu suatu hari nanti. Pastinya...kalian adalah harta paling berharga bagi kami... pengirim doa buat kami semasa hidup sehinggalah kami ke alam kubur nanti. Kami menantikan doa2 dari anak2 yg soleh dan solehah...

Khairul Aiman yg soleh wa musleh...
Ummi tahu Aiman tu hemsem mcm abah...(ececeh) tapi hemsem tu lebih terserlah bila akhlaknya lebih indah, tatkala hatinya hanya terpaut dengan perkara2 yg mendekatkan diri dengan Allah. Macam ummi suka kat abah dulu lah...sbb abah tu rajin solat jemaah kat surau/masjid. Kat sekolah sekarang pun Aiman dah ada follower (peminat) kan...jadi pandai2lah Aiman mengawal diri. Fokuskan niat untuk memahami 'ilmu itu kerana Allah Ta'ala...
Sudilah kiranya Aiman menjadikan ummi ni sebagai BFF Aiman dunia akhirat. Kalau ada apa2 nak dirujuk, tanya la ummi ye. "KITA KAN GENG"

Akhir sekali, Ummi nak Aiman tahu yg ummi sayang sgt Aiman...sayang sgt2. Ummi tahu Aiman pun sayang ummi sgt2 jugak kan... Ummi rindu dengan Aiman pada zaman dahulu, yg menjadi imam kepada adiknya Khairul Baarizah. Aiman seorang yang bijak, yang baik, yang rajin, yang sentiasa taat perintah Allah, yang hormat orang tua dan disenangi semua orang...InsyaaAllah, ummi akan sebut yang baik2 aje...

Salam sayang, ~UMMI~

Wednesday, June 24, 2015

Andainyahatikubersuara

Syukur Alhamdulillah...usia perkahwinan telahpun menjangkau tahun ke13. Dari berdua, kini dah bertujuh. Dari hanya bermotor kini dah ber mpv. Dari menumpang teduh di rumah flat 4 tingkat milik mak abah kini telah punyai rumah teres 2 tingkat yang atas nama en suami sendiri. Syukur syukur...syukur Ya Allah... Rezeki anak2. Berkat usaha gigih en suami bekerja keras untuk menyediakan keselesaan buat kami sekeluarga. Namun...kami tidak pernah lupa bahawa itu semua hanya pinjamanNya sahaja. Tiada satu pun milik kita...tidak ada milik kita. Semua yg ada Allah yg punya... 

Ujian demi ujian dilalui bersama. Dugaan tidak pernah putus melanda. Susah senang diharungi jua. Moga terus bertahan hingga ke hujung nyawa.

Tahun ini terasa benar dasyatnya diuji...namun siapalah kita untuk mempersoalkan mengapa kita diuji kerana kita adalah hamba yg sememangnya layak diuji. Semoga menjadi hambaNya yg sentiasa bersyukur dgn nikmat & bersabar dgn musibah.
Semoga sentiasa menjadi hambaNya yang bersandar pada agama tatkala susah & senang...aamiin


Selamat ulangtahun perkahwinan abang...terima kasih belanja nasi arab sebagai juadah berbuka puasa, terima kasih menerima diri ini seadanya, terima kasih atas segalanya, terima kasih yang tidak terhingga. Mohon maaf atas kekhilafan diri ini. Halalkan makan dan minum ye... Sesungguhnya tiada lain yg lebih menggembirakan selain drpd melihat kebahagiaan insan yg kita sayang. Andainya diri ini tidak lagi mampu membahagiakanmu.. tidak lagi bisa membuat engkau tersenyum...maka khabarkanlah berita itu kepadaku kerana itu tandanya diriku tidak lagi diperlukan dalam hidupmu...

#Adakalanya...ada sesuatu yang tak mampu dirungkai dek suara hati ini melalui coretan di mukabuku mahupun di diari lavenderku ini. Cukuplah Allah tempat mengadu...
#Mood tetiba rasa macam nak keje balik...nak pegang duit sendiri. 
#Kena belajar hidup susah asalkan tidak menyusahkan orang.

*DiariRamadhanUmmi*

Wednesday, June 17, 2015

Hari prestasi 2015

Tahun ni, Khairul Aiman selaku anak yang sulung akan menduduki 2 peperiksaan iaitu UPSR & PSRA. Anak kedua, Khairul Baarizah pula akan menduduki UPKK. Aiman dapat 8A masa UPKK tahun lepas...Alhamdulillah. Ummi pun tak sangka sebab tak nampak gaya orang nak periksa. Berkat usaha gigih mu'allim & mu'allimahnya juga menjadi asbab kejayaannya.

Keputusan peperiksaan yang di ambil tadi, taklah semeriah mana. Ada A ada B ada C dan kakak Baarizah ada juga D. Kedudukan dalam kelas pun dah tak dapat top 5 apatah lagi top 3. Namun mu'allimah masing2 tetap memberi keyakinan yang anak2 ini mampu untuk pergi lebih jauh. Nak nak Aiman adalah antara barisan pelajar yang menjadi harapan sekolah untuk melakarkan sejarah kecemerlangan dalam peperiksaan2 besar tahun ini. Dan Aiman juga menjadi harapan abah & ummi sebagai anak sulung dalam keluarga supaya dapat menjadi contoh teladan buat adik2....

Teman jelaskan pada Aiman & Baarizah, "ummi tak kisah sgt berapa kedudukan nombor dalam kelas, yang paling penting ialah pemahaman dengan apa yang dipelajari"
Dunia persekolahan bukan sekadar proses pembelajaran namun ada banyak lagi yang dapat di asah dalam proses ini. Kemahiran berkomunikasi, tahap keyakinan diri, rasa tanggungjawab, sahsiah & adab serta mencari dan mengenali potensi diri. Dengan apa yang dipelajari hari ini lah yang akan dapat menentukan kita menjadi insan yang bagaimana di masa depan. Catitan ABCD dalam buku rekod umpama jasad fizikal kita yang menunjukkan samada kita nampak sihat @ sakit. Manakala apa yang kita faham dengan apa yg kita belajar itu umpamanya mental kita samada bersih @ kotor supaya kita dapat melahirkan spiritual atau roh yang baik @ jahat.

Secara puratanya ummi dan abah berpuas hati dengan pencapaian kalian...menurut mu'allimah bab sahsiah & penglibatan diri dalam kelas memang tiada masalah apatah lagi kalian merupakan pengawas sekolah. Pengalaman di zaman sekolah adalah saat yang akan kita kenang selamanya... ummi bangga bila Aiman mampu jadi imam di sekolah dan menjadi juruacara majlis bagi sambutan hari guru baru2 ini... tahniah nak...

Aiman dan kakak Baarizah banyak membantu ummi dalam menguruskan adik2. Terima kasih banyak2...Ummi doakan kalian dipermudahkan segala urusan, dikurniakan Allah pemahaman dalam menuntut ilmu yang bermanfaat dan diberikan kecemerlangan dalam peperiksaan agar kalian menjadi insan soleh wa musleh

Wednesday, June 10, 2015

Bertujuh bersatu

Dah lebih 2 tahun blog ni terperam... meh hari ni kita cerita pasal org baru yg melengkapi keluarga kami menjadi 7. Khairul Bashirah Bt Mohd Khairulnizam, dilahirkan pada 16 Mac 2015 jam 2.31ptg di AzZahrah, Bangi... Ok la tu kan 7...cukup dah rasanya buat masa ini. Seterusnya nak fokus bagaimana untuk saling melengkapi antara 1 sama lain dalam mencari Redha Allah menuju jannah. Ya Allah...berikan aku kekuatan, kesabaran & kebijaksanaan dalam mendidik amanahMu yang merupakan bekalan kami menuju ke alam abadi... ameen
Thank You Allah...