Tahun ni, Khairul Aiman selaku anak yang sulung akan menduduki 2 peperiksaan iaitu UPSR & PSRA. Anak kedua, Khairul Baarizah pula akan menduduki UPKK. Aiman dapat 8A masa UPKK tahun lepas...Alhamdulillah. Ummi pun tak sangka sebab tak nampak gaya orang nak periksa. Berkat usaha gigih mu'allim & mu'allimahnya juga menjadi asbab kejayaannya.
Keputusan peperiksaan yang di ambil tadi, taklah semeriah mana. Ada A ada B ada C dan kakak Baarizah ada juga D. Kedudukan dalam kelas pun dah tak dapat top 5 apatah lagi top 3. Namun mu'allimah masing2 tetap memberi keyakinan yang anak2 ini mampu untuk pergi lebih jauh. Nak nak Aiman adalah antara barisan pelajar yang menjadi harapan sekolah untuk melakarkan sejarah kecemerlangan dalam peperiksaan2 besar tahun ini. Dan Aiman juga menjadi harapan abah & ummi sebagai anak sulung dalam keluarga supaya dapat menjadi contoh teladan buat adik2....
Teman jelaskan pada Aiman & Baarizah, "ummi tak kisah sgt berapa kedudukan nombor dalam kelas, yang paling penting ialah pemahaman dengan apa yang dipelajari"
Dunia persekolahan bukan sekadar proses pembelajaran namun ada banyak lagi yang dapat di asah dalam proses ini. Kemahiran berkomunikasi, tahap keyakinan diri, rasa tanggungjawab, sahsiah & adab serta mencari dan mengenali potensi diri. Dengan apa yang dipelajari hari ini lah yang akan dapat menentukan kita menjadi insan yang bagaimana di masa depan. Catitan ABCD dalam buku rekod umpama jasad fizikal kita yang menunjukkan samada kita nampak sihat @ sakit. Manakala apa yang kita faham dengan apa yg kita belajar itu umpamanya mental kita samada bersih @ kotor supaya kita dapat melahirkan spiritual atau roh yang baik @ jahat.
Secara puratanya ummi dan abah berpuas hati dengan pencapaian kalian...menurut mu'allimah bab sahsiah & penglibatan diri dalam kelas memang tiada masalah apatah lagi kalian merupakan pengawas sekolah. Pengalaman di zaman sekolah adalah saat yang akan kita kenang selamanya... ummi bangga bila Aiman mampu jadi imam di sekolah dan menjadi juruacara majlis bagi sambutan hari guru baru2 ini... tahniah nak...
Aiman dan kakak Baarizah banyak membantu ummi dalam menguruskan adik2. Terima kasih banyak2...Ummi doakan kalian dipermudahkan segala urusan, dikurniakan Allah pemahaman dalam menuntut ilmu yang bermanfaat dan diberikan kecemerlangan dalam peperiksaan agar kalian menjadi insan soleh wa musleh
No comments:
Post a Comment