Spring Text - http://www.springtext.com

Thursday, May 27, 2010

Aktiviti hujung minggu




Ntri ni sepatutnya dah lama diupload tapi ats masalah2 yg tak dapat dielakkan,maka hari ni baru berkesempatan di update. 2 Mei haritu,mak kecik dari Perak & makcik Anum dari Kelang dtg berkunjung ke Taman Sutera ni. Akak dan abang sekeluarga pun datang memeriahkan lagi suasana. Just nak 'expose' gambo ni yg diambil oleh anak buahku, Acha, dgn menggunakan HP Sony pakcunya...kreatif3x... Cuba tengok gambo akak dgn abg thani tu, dah macam duta produk TUPPERWARE la pulok ye...huhuhu. Maklumle, rumah tokey la katakan...apa yg tak tupperware? Gayung pun guna tupperware...kwang3x. Yg kat luar tu,lain pulak ceritanya,model2 ahli sukan yg tak terpilih mewakili negara...:-) Tak pe,apa yg penting...kerjasama. Eh bukan, yg penting,ada semangat kesukanan & blh mengeluarkan peluh & bau dgn jayanya...hehe

Saturday, May 15, 2010

Naim di Villa SuRaDa...

Ini pose-pose Na'im yang di snap oleh Maklongnya semalam... Aktiviti ketika para jemaah lelaki menunaikan solat jumaat... Maklumle,maklongnya guna kamera baru... huhuhu

Wednesday, May 12, 2010

Hari Ibu






Hari Ibu tahun ni aku dikejutkan dengan sesuatu yang dah tak berapa surprise sebenarnya, tapi masih boleh dikira surprise gak la.

Yg tak surprisenya,aku nak cari barang lain, terserempak plak dgn kad ucapan bersampul ungu yg aku memang yakin sgt2 kad itu dibeli utk aku...huhuhu. Sorry ye abg...tak sengaja ar.

Yg dikira surprisenya plak,

1) Jenuh aku cari hubby & anak2 selesai solat maghrib di rumah abah kat Sg Ramal yg ada 7 bilik tu. Bilik Zaidan je aku tak boleh nak masuk cari diorang, kat bilik air aku cari pun tak jumpa2 gak, rupa2nya kat bilik yg satu tu diorang bersekongkol menulis ucapan dlm kad tu. Kad tu ditulis oleh Aiman,dibeli & isi hati kad tu pastinya lah oleh abah Aiman. Sebenarnya,ni kaedah yg sama mcm aku buat masa Hari Bapa tahun lepaih. "tak aci ar,abah tiru kaedah ummi" huhuhu.

2) Ada kek bagai... sempena besday Wafirah yg ke-1 tahun,ada gak la nama2 para ibu yg diraikan sekali pada hari tersebut...kalau bab2 kek nih,kompomlah keje Harry. InsyaAllah,bln Jun nnti kita potong kek yg 2kg pnya ye... :-D

Apa2pun, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka2 yg menghargai para2 ibu nih... TQ very2 much!!! :-) muah6x

Tidak diduga...

Pada petang 26 April 2010,aku menerima panggilan telefon dari Pusat Kad Bank Islam.
Pemanggil : Assalamualaikum,boleh saya bercakap dgn Pn Faidhirah
Aku : Ya,bercakap
Pemanggil : Saya Anisah,dari Bank Islam Card Centre. Puan telah berjaya menerima sebuah netbook Dell Inspiron sempena cabutan Bonanza 48hours. Boleh saya dapatkan beberapa maklumat untuk pengesahan...
Aku : Eh,betul ke ni???
Pemanggil : Ya, betul puan...
Aku : Syukur Alhamdulillah,maaflah saya terkejut nih
Pemanggil : Tak pe puan... (dlm hati mesti Pn Anisah ni kata: apalah kalutnya dia nih) Tu anggapan aku je le,ntah2 dia x kisah apa pun...huhu
Setelah aku mengesahkan apa yg patut disahkan,Pn Anisah kata maklumat lanjut akan diemailkan secepat mungkin. Abis je settle ngan Puan tu,aku apa lagi...terus la call hubby dgn tergesa2nya...dipendekkan citer,hubby pun pastinya turut bersyukur dan tumpang gumbira la... Lps je dapat email tu,hubby pun apply la cuti utk meraikan majlis tersebut...

Ketika menghadiri majlis itu pada 10 Mei 2010 (Isnin),kami dimaklumkan seramai 77orang berjaya memiliki Dell 10 inci tu. Dalam 77orang tu, ada seorang ni memang lucky betul la, dia dapat 3 biji netbook tu... Hmm...Yang aku dah sedia ada purfel kaler,yang dapat ni black kaler. Oklah tu kan,tak la ralat sgt kalau nak jual...:-)

Itulah rezeki Allah... Yang berhak memberi dan juga mengambil kembali apa jua yg dipinjamkanNya kepada kita. Kita hanya patut bersyukur dgn segala nikmatNya dan memanfaatkan sebaiknya apa jua yang diberikan kepada kita. Wallahua'lam...

Friday, May 7, 2010

Setahun berlalu...

Tanggal 30 April 2010, genaplah setahun pemergian arwah mak...rasanya baru semalam perginya ibu yang telah melahirkan aku 32 tahun yang lalu... Sesungguhnya tiada lain yang dapat kutitipkan buatmu mak...melainkan bacaan Yaasin dan doa yang tidak putus kukirimkan agar rohmu dicucuri rahmat... terasa masih segar segala kenangan bersamamu... sehelai baju kedah lusuhmu menjadi pengubat rinduku tatkala kesedihan datang bertamu... Hanya 1 yang aku tahu... AKU TERLALU MERINDUIMU... Mak...adik sayang mak,adik rindu mak... "Ya Allah,sampaikan salam rindu,kasih & sayangku buat ibuku..."

Dengan genapnya setahun pemergian mak...maka :
* Genaplah setahun radio di ceruk dapur rumah Kg Pandan itu tidak berkumandang... Itulah rutin arwah mak, temannya di dapur adalah radio usang itu...
* Genaplah setahun aku tidak menjejakkan kaki ke Hospital Ampang yang merupakan lokasi lawatan bulananku atas urusan check up arwah mak dan thrombocythemia yang pernah aku alami. Sehinggalah aku membuat keputusan nekad untuk tidak lagi meneruskan monthly check up ku atas alasan mengutamakan check up arwah mak. Sesekali melewati hospital itu membuatkan aku begitu sebak bila mengenangkan itulah tempat terakhir mak menghembuskan nafas terakhirnya yang ditemani kakakku. Andainya aku tidak sarat mengandung ketika itu,pastinya aku yang akan berada di sisi mak waktu itu. Baju dan selimut hak milik hospital yang membaluti emak masih terlipat kemas di bilik arwah atok. Andai terpandang...aduhh! Begitu sedih untuk dikenang... :'-(
* Genaplah 11 tahun perginya ibu kepada sahabatku Norhidayati Jalil. Salah satu kenangan aku bersama arwah kalau pergi beraya kat rumahnya, "kakak...ada lagi tak pinggan kotor tu, bagi si feddy ni ha biar dia basuh" itulah gurau senda arwah yg sememangnya seseorg yg suka berseloroh. Arwah telah pergi buat selamanya pada tanggal 30 April 1999... Al Faatihah buat Allahyarhamah Sa'diah Bt Abdullah... (Tie,kini aku dah pun merasai apa yg pernah kau lalui tentang perginya seorg insan yg kita panggil emak... Ketabahan kau menjadi kekuatan aku Tie,walaupun adakalanya aku masih kalah dgn perasaan yg bercampur baur, aku akan ditemani teman setia yg kupanggil airmata...)

Tanggal 7 Mei 2010, adalah hari lahirnya arwah mak yang ke 65 & Ulangtahun Haziq yang ke-2. Kalaulah ada arwah opah ni Haziq, makan besarlah kita. Memang confirm opahlah orang yang paling seronok nak potong kek dgn Haziq. Rindunya nak makan laksa & mee kari mak. Itu antara menu wajib mak kalau ada majlis makan2 ni... Uwaaa...