Spring Text - http://www.springtext.com

Saturday, October 8, 2011

R.I.N.D.U


Dah bersawang rasanya blog teman nih... boleh dikategorikan sebagai blog yang telah terkubur tanpa pusara... Ohh tidak... teman telah & sedang melalui saat2 yang sangat sukar digambarkan dengan kata2 sehinggakan teman ghase tidak mampu lagi untuk melakarkan isi hati teman di dalam blog nih... Bilakah agaknya semangatku yang hilang akan kembali semula... ;-(

Tuesday, January 25, 2011

Pustaka DemiMasa


Sangat2 berhajat nak memiliki kedai buku suatu hari nanti. So, buat masa ini...ini aje yg termampu. Kedai buku online. Jom lah membeli belah bahan2 ilmiah terpilih DI SINI ye...

Sunday, November 21, 2010

Lihatlah dengan mata hatimu...

Rasanya ramai yang sedar akan kemunculan Maher Zain (MZ) nih... Sangat2 tertarik dengan pendekatannya yang 'bersahaja', mampu menarik minat pelbagai golongan masyarakat & membawa AURA yang tersendiri dalam dunia hiburan masa kini..dengan kata lainnya, good influence

Menurut sejarahnya, MZ pernah "LEKA" suatu ketika dulu & kini, dengan izin Allah dia sedang melalui dunia baru hijrahnya. Antara yang dapat disunting dari siaran TV9 sempena AidilAdhabaru2 ini ialah :
  • Katanya : Apa yang paling penting dalam lagu saya adalah mesej yang disampaikan
  • Katanya juga : Saya hanya mampu menyanyi, tidak mungkin saya mampu mengubah dunia, saya tidak boleh lakukannya sendirian tapi kita boleh lakukannya bersama
  • Katanya lagi : Biar sejauh mana pun kita pernah tersasar, kembalilah kepada Allah & berdampinglah dengan persekitaran yang baik
Moral of the story :
Berhibur itu tidak salah, yang salahnya ialah memilih hiburan yang salah. Kembalilah kepada fitrah,bahawasanya hanya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang

Wallahua'lam

Thursday, September 2, 2010

Warkah buat suami tercinta...

* Di copy & paste aje nih...tapi lebih kurang je dgn luahan hati sendiri... :-) Layan...
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang ist...eri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Friday, July 2, 2010

Wajah baru...

Terlalu banyak benda yg nak ditaip...tapi hanya penukaran imej yg mampu dilakukan buat masa ini. Tgh struggle utk mempurplekan blog diari lavender ku ini...
Apa yang pasti... AKU RINDU...
Rindukan perhatiannya, rindukan bicaranya, rindukan segalanya...
Hanya Allah Yang Tahu noktahnya...

Tuesday, June 8, 2010

6 Jun 2010

BirthdayMom sambut beday yg ke 32... Alhamdulillah,masih diberikanNya nafas,kesempatan,keupayaan & 1001 nikmat yg tidak terungkap... Dengan bertambahnya umur,maka meningkatlah usia dan semakin hampirlah kita dengan satu kepastian yg tidak sesiapapun dapat menyangka mahupun menduga bilakah masanya & bagaimanakah caranya... Kita hanya mampu berdoa agar perginya kita dalam husnul khatimah. Wallahua'lam...
MAKAN MALAM
Hubby belanja makan malam kat SOHO,Bandar Baru Bangi. Memang best ar,patut la sentiasa ramai org yg dtg makan kat situ. Rupa2nya,kalau sesiapa yg sambut birthday,boleh dapat diskaun 10%,tunjuk je IC... memandangkan kitorg sambut pd 5hb,maka terlpsla peluang nak dpt 10% tu... Ingatkan nak tunggu kul 12 mlm,baru nak bayar...tp x de maknanye... (Ghugi gak la 14hengget tang diskaun tu..huhu)
UCAPAN DEMI UCAPAN
Fuh,sejak ada FB ni,org tak anto sms dah...penuh wall kat FB tu org wish. Yg x pernah2 wish,pun wish. Yg biasanya wish pun ada gak yg lupa wish...muakaka. Tunggu2 gak SMS, x dek. Sanggup aku bukak FB kat rmh Paklong (tempat celebrate majlis potong memotong kek) semata2 nak check ada ke wish kat FB..aleh2 tak dek gak... :-( betul. (Siapakah gerangannya...sendiri PK lah... :-D) Yg pasti, ada 2 SMS yg ingin kuabadikan di DiariLavenderSiberKu ini...
A/ Mama&Abah (Salam, SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIRKE-32 buat umi aiman,kak n adk naim... Semoga dpanjangkan umur, dmurahkan rezki & dmudahkan sgala urusan hendaknya. -Dr Atuk ma & atuk bah..
Sepanjang perkahwinanku,aku x pernah x terima SMS dari mama dihari lahirku... (membuatkan aku terharu mengenangkan arwah ibuku. Biasanya,pagi2 hari bedayku inilah ungkapan arwah mak "aiman...hari ni brp haribulan...?" sbg tanda arwah juga x penah lupa tarikh beday ku) Buat mama,Terima kasih... saya tidak mungkin dpt mengungkapkan "saya sayang mama" tapi saya nak sgt mama tahu betapa saya sayang mama... Mama memang tak sama dgn mak tapi kedudukannya sama dihati saya...
B/ Maryati - sahabatku dr sklh rendah (Sblm bulan mengganti mentari,sblm siang btukar mlm,sblm hari ini menjadi esok,sblm lega menjadi sibuk,sblm daya menjd sakit,izinkan daku mengucapkan selamat hari lahirbuat shbt teristimewa d alam semesta..kuberdoa agar dirimu sntiasa dlm peliharaan al-khaliq,dpagari iman & sejahtera,berbahagia selalu hendaknya,amin!
Dikesempatan ini,ingin kurakamkan jutaan terima kasih buat kalian yg mengingati, juga buat kalian yg tak sengaja terlupa... :-D (Teman tahu,masing2 sibuk dgn urusan2 lain yg lebih penting dari mengewish teman nih...asalkan doa & ingatan dari kalian sentiasa ada diselitkan dalam bait2 doa yg diungkapkan seharian) Syukran jazilan...
SURPRISE YG ASYIK TAK MENJADI...
Kesian kat hubby,surprise thn ni asyik terkantoi aje... Balik dari kuar makan kat SOHO,aku dok layan netbook ku kat atas,tetiba ada sms dari along sampai kat HP hubby,dianya dok layan TV kat bawah...Message tu plak,tertera dgn jelasnya "nak tulih apa kat atas tu?" muakaka...aku hanya dapat meneka...atas kek la kan...? Lalu dgn muka yg 'toya' & penuh control aku pun bg kat hubby.."abg...ni ada msg utk abg..." huhuhu
Esoknya,di tempat majlis berlangsung...aku memang surprise dgn ucapan atas kek tu yg aku yakin dtgnya dari hati hubby yg tulus ikhlas "TO : UMMI FAIDHIRAH HAPPY 32nd B'DAY. We all luv U!" Muah...i luv u all too! :-D
Moral of the story : TQ So Much kepada semua yang menjayakan majlis... Org2 kuat cum org dapur (maklong,acik & makanjang...) TQ ya... Sori,saya dtg lambat balik awal. Nak tolong pun tak tau nak tolong apa... Nak lepak lama2 pulak,kesian kat abah saya yg dah gelisah nak balik... maaf ye... Yg pasti,saya hargai semuanya!!! :-D

Thursday, May 27, 2010

Aktiviti hujung minggu




Ntri ni sepatutnya dah lama diupload tapi ats masalah2 yg tak dapat dielakkan,maka hari ni baru berkesempatan di update. 2 Mei haritu,mak kecik dari Perak & makcik Anum dari Kelang dtg berkunjung ke Taman Sutera ni. Akak dan abang sekeluarga pun datang memeriahkan lagi suasana. Just nak 'expose' gambo ni yg diambil oleh anak buahku, Acha, dgn menggunakan HP Sony pakcunya...kreatif3x... Cuba tengok gambo akak dgn abg thani tu, dah macam duta produk TUPPERWARE la pulok ye...huhuhu. Maklumle, rumah tokey la katakan...apa yg tak tupperware? Gayung pun guna tupperware...kwang3x. Yg kat luar tu,lain pulak ceritanya,model2 ahli sukan yg tak terpilih mewakili negara...:-) Tak pe,apa yg penting...kerjasama. Eh bukan, yg penting,ada semangat kesukanan & blh mengeluarkan peluh & bau dgn jayanya...hehe