Spring Text - http://www.springtext.com

Wednesday, December 26, 2012

Mengubah & berubah...kuasa Allah

Sweet sgt Naim masa ni. Naim sgt berubah laku sejak nak ber adik hari tu lg. Bila dah ada baby makin menjadi2 lakunya. Selangit kesabaran perlu dipupuk dlm memujuk Naim dan syukur Alhamdulillah berkat kesabaran itu Naim mula berubah sikit demi sedikit. Kaedah yg paling berkesan adalah pujuk & rayu...itu yg paling cepat melembutkan hatinya yg meraih perhatian yg lebih dr ummi...

Hakikat sebuah nikmat ♡♥

Setelah sekian lamanya blog ini menyepi...hari ini berkeinginan utk  mengemaskini data terkini sbg 1st trial menggunakan galaxy note2 yg tidak pernah ku bermimpi utk memilikinya. Disebabkan En asben nekad nak menghadiahkannya maka akan kugunakan sepenuhnya utk dimanfaatkan semaksimum yg blh.
♥Alhamdulillah...thank you Allah di ats segala kenikmatan yg Kau anugerahkan. Semoga ini semua merupakan nikmat yg Engkau berkati & bukannya istidraj yg tidak kusedari.
Terima kasih abang...atas pemberian yg sgt2 dihargai krn memudahkan urusan isterimu ini. Almaklumlah tab 10.1 sbg hadiah hari jadi bln jun hari tu dah di cconquer oleh anak2 yg dikasihi ;-) ♥

Friday, January 20, 2012

2012

*Wajah2 sumber inspirasi Ummi utk meneruskan semangat usahawanita Ummi ;-)

2012 sudah...
Pantasnya waktu berlalu, rasanya baru je bersalinkan Muhammad Khairul Na'im hari tu, hehe. Macam tak percaya je Na'im dah nak dpt adik.

Suatu hari di dlm kereta :
Kakak : Ummi, kakak bosan lah... kakak nak kawan!!!
Ummi : Lor, abg & adik kan ada...
Kakak : Kakak nak adik perempuan...
Ummi & Abah saling berpandangan tanpa suara yg mampu dilontarkan...huhuhu

Maka, pagi ini setelah Ummi disahkan tarikh due pada 23 Sept 2012, ummi pun bgtau la kakak secara bersahaja.
Ummi : Kakak nak adik perempuan kan?
Kakak : Ha ah
Ummi : Setiap kali lepas solat nanti, minta doa dari Allah. Kata kat Allah, "Kakak nak adik perempuan Ya Allah, nak adik perempuan"
Amin

Ya Allah, kami hanya mampu merancang, namun hanya perancanganMu lah yang paling tepat. Kami mohon Ya Allah, agar ini adalah yg terbaik dariMU
Berilah aku kekuatan, kesabaran, ketabahan & perlindungan kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik2 pelindung.

Saturday, October 8, 2011

R.I.N.D.U


Dah bersawang rasanya blog teman nih... boleh dikategorikan sebagai blog yang telah terkubur tanpa pusara... Ohh tidak... teman telah & sedang melalui saat2 yang sangat sukar digambarkan dengan kata2 sehinggakan teman ghase tidak mampu lagi untuk melakarkan isi hati teman di dalam blog nih... Bilakah agaknya semangatku yang hilang akan kembali semula... ;-(

Tuesday, January 25, 2011

Pustaka DemiMasa


Sangat2 berhajat nak memiliki kedai buku suatu hari nanti. So, buat masa ini...ini aje yg termampu. Kedai buku online. Jom lah membeli belah bahan2 ilmiah terpilih DI SINI ye...

Sunday, November 21, 2010

Lihatlah dengan mata hatimu...

Rasanya ramai yang sedar akan kemunculan Maher Zain (MZ) nih... Sangat2 tertarik dengan pendekatannya yang 'bersahaja', mampu menarik minat pelbagai golongan masyarakat & membawa AURA yang tersendiri dalam dunia hiburan masa kini..dengan kata lainnya, good influence

Menurut sejarahnya, MZ pernah "LEKA" suatu ketika dulu & kini, dengan izin Allah dia sedang melalui dunia baru hijrahnya. Antara yang dapat disunting dari siaran TV9 sempena AidilAdhabaru2 ini ialah :
  • Katanya : Apa yang paling penting dalam lagu saya adalah mesej yang disampaikan
  • Katanya juga : Saya hanya mampu menyanyi, tidak mungkin saya mampu mengubah dunia, saya tidak boleh lakukannya sendirian tapi kita boleh lakukannya bersama
  • Katanya lagi : Biar sejauh mana pun kita pernah tersasar, kembalilah kepada Allah & berdampinglah dengan persekitaran yang baik
Moral of the story :
Berhibur itu tidak salah, yang salahnya ialah memilih hiburan yang salah. Kembalilah kepada fitrah,bahawasanya hanya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang

Wallahua'lam

Thursday, September 2, 2010

Warkah buat suami tercinta...

* Di copy & paste aje nih...tapi lebih kurang je dgn luahan hati sendiri... :-) Layan...
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang ist...eri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.