Spring Text - http://www.springtext.com

Thursday, June 18, 2009

Diari hidupku tanpa insan yg kupanggil...MAK!


Pemergian Bonda & Kepulangan Nenda
Hari ini...genap 50 hari pemergian mak yg tersayang...Pada tanggal 30 April 2009, hari khamis, jam 4.15am, Allah telah mengambil mak yg dipinjamkanNya pd kami selama ini. Dlm keadaan aku yg sarat mengandung, itu adalah ujian terhebat yg harus aku lalui selama umurku hampir 31 thn... Sakitnya yg langsung tidak terletak, memang memudahkan segalanya. Senang benar mak pergi...kami sekeluarga langsung tak terdetik pun yg mak akan pergi...perginya yg takkan kembali lagi... Mak meninggal akibat massive strok.

16 hari slps pemergian mak...atok pulak menyusul pergi. Kubur mereka agak dekat antara satu sama lain, memudahkan kami menziarahi arwah berdua... Mengandung anak ke-3 ni memang benar2 menduga. Baik dari mabuk teruk di awal kandungan, hinggalah melalui 2 kematian insan terdekat di hujung kehamilan... Moga zuriat yg dilahirkan menjadi insan yg tabah, setabah umminya mengharungi semua ini... Wallahua'lam.

Ke Terengganu...
Sepatutnya, pd 1,2, & 3 Mei 2009, kami merancang untuk bercuti ke Terengganu bersama arwah, abah, mama, abah nawi & harry. Arwah cukup seronok nak berjalan ke sana.Dah buat persiapan utk buat kuih cubadak utk dibawa bekal ke Terengganu. Cuma, beg kain baju je nmpknya yg tak siap lg... Jiran tetangga sumer tahu yg mak nak berjln kesana.Siap tnya nak kirim apa...Sedare mare di Perak pun tahu. Katanya "Yong nak g terengganu 1hb nnti. Adik nak bwk Yong berjalan..." Seminggu slps pemergian mak, kami terjumpa duit simpanan arwah yg ingin dibawanya sbg belanja di Terengganu.Bertambahla sedihnya dan ghalatnya aku yg tak terkata...
Sebenarnya, di Terengganu nnti aku merancang utk bgtahu mak yg aku sayangkan dia, nak ucap kat dia terima kasih atas pengorbanannya dan nak mohon maaf atas segalanya... tapi apakan daya... hajatku tak kesampaian... :-( Nasihatku di sini, jgnlah kalian bertangguh sekiranya kalian ada niat dan hajat yg sama spt aku...Ghalatnya...hanya Allah je Yg Tahu...

Hari Khamis & Sambutan harijadi besar-besaran... 4 hari sebelum pemergian mak, mak ngan abah ikut akak hantar Bitah (yg pulang bercuti utk ke pesta buku) ke PLKNnya di Sepang. Masa tu, ada peserta PLKN yg buat sambutan harijadi. Akak ngan Bitah teringat akan kata2 arwah mak... "tahun ni opah nak sambut harijadi opah besar-besaran..." Mak meninggal pada hari Khamis, seminnggu selepas tu = 7 Mei = Khamis adalah harijadi mak yg ke-64. 2 minggu sebelumnya pulak = 16 April = Khamis adalah ulangtahun perkahwinan mak & abah yg ke-40...

Mimpi itu mainan tidur...? Sehari lps kematian mak, aku demam...demam terkejut. Seminggu lebih anak2 aku tak kesekolah. Akhirnya, abah yg tolong hantar & ambil anak2 aku... Dua minggu lps pemergian mak, aku bermimpi... mimpi yg pd aku, petanda baik. Dan dari mimpi itulah aku diberi semangat & kekuatan utk meneruskan kehidupan yg harus aku teruskan utk insan2 lain yg memerlukan aku... Demi abah yg kesunyian, demi suami & anak2 yg menjadi perangsang & pendorong...

Aiman & Baarizah
Anak2 aku memang begitu terasa akan kehilangan opahnya. Mana taknya, mereka membesar dgn arwah... Minggu2 awal pemergian opahnya, masing2 nmpk termenung. Baarizah memang manja ngan opahnya, Aiman plak kawan gaduh opah... Biasanya, ptg2 akan kedengaranlah "pergaduhan kecil" antara Aiman & Opah yg berebut siaran TV. Aiman sibuk nak tengok kartun, opah plak nak tengok sinetron dsb... Rasa sunyi pulak bila takde yg berebut TV...
Masa mak dikebumikan, kami dah jelaskan kat diorang yg opah dah meninggal, opah ditanam dlm kubur... dgn harapan mereka takkan bertanya lg mana opahnya pergi. Selang beberapa ari, Baarizah kata : "Ummi, adik kesian kat opah...Opah sorang2 kat kubur, takde orang jaga" Lalu aku pun menjelaskan : "Adik, adik jgn risau...Allah yang jaga opah..." Dia nmpk lega dgn jawapan yg aku berikan. Sekurang2nya dia tahu keadaan opahnya...
Bila Baarizah baca selawat yg dipelajarinya di sekolah (opahnya memang suka suruh adik baca selawat tu)... lalu Aiman pun terkenang... "takde dah opah dapat dengar adik baca selawat"
Baru2 ni, Baarizah ajak : "Ummi, nnti bila opah dah bangun dari kubur, kita bawak opah pegi pantai ye..." Agaknya dia teringatkan janji kami yg nak bawak opahnya ke Terengganu haritu. Aku kata : "Adik, opah tak boleh dan takkan bangun dari kubur. Kita dah tak boleh jumpa opah lg..." Dia diam tanda faham @ mungkin juga tak brp faham...
Yg Aiman pulak... "Bila opah bangun dari kubur nnti, Aiman nak peluk opah..." Diorang ni nmpk macam faham apa yg dimaksudkan opah dah meninggal... tapi jauh di sudut hati diorang... rindu itu yg membuatkan mereka terkenang2... macam yg aku rasa, dan org2 lain yg patut rasa... Wallahua'lam...

Kunjung ziarah & ucapan takziah...
Rezeki mak... ramai yg dtg menziarah jenazahnya termasuklah YB Dr Lo' Lo'. Terima kasih kpd saudara mara dan jiran tetangga tak kira dari jauh dan dekat... Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat handai yg dtg... AlongNozam (yg kebetulannya baru smpai dari Kuching & dlm perjalanan ke Melaka), Farrah, Dhila & Umi Zurina (Yg dlm perjalanan ke tempat kerja), Yatie dari Batang Kali & Maya dari ofisnya... Yg dtg selepas pengebumian...En Zam, Kak Jay, Kak Nurul, Mizi, Kas, Nasrul, Lin, Sidah, Shaiful, Kak Asmah, Kak Zana serta Kak Baznah&Abg Man... Syukran Jazilan atas kunjung ziarah kalian. Tak lupa juga terima kasih dia atas sumbangan yg dihulurkan dan ucapan takziah melalui sms & panggilan telefon yg bertubi2...

Doa & Harapan...
Kematian mak dalam keadaan yang telah aku lalui ini... adalah sesuatu yg tak terduga tapi tetap akan dilalui bila tiba masanya. Tiada lagi panggilan 'mak' yg dapat kuucap...Tiada lagi panggilan 'adik' yg dapat kudengar dari suara mak... :-( Mengenangkannya, kesedihan dan airmata yang akan menjadi teman setia walaupun ketika mengutuskan do'a dan bacaan al-quran sebagai hadiah buat arwah bonda dan penenang hati yang lara. Harapannya, agar Allah memberikan ganjaran pahala kepada arwah mak atas segala pengorbanan selama hayatnya dan tidak membebani arwah dengan seksaan yang dasyat... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkannya di kalangan orang2 beriman... Ameen... Al-Faatihah.

Tuesday, April 28, 2009

Mini Gathering...











Hakikatnya, bukanlah senang nak arrange sesuatu program. Apatah lg idea yg dtg secara mengejut utk buat gathering kecil2an nih. Ada yg kata, cara aku salah la, tarikh tak sesuai la, tempat tak kena la... dan mcm2 lg la... Berbekalkan sedikit kekuatan dan sokongan dari mereka2 yg available utk joint, akhirnya berjaya gak program kitorang yg tak seberapa nih...
Pada 25hb April 2009, kami (Khairul Nizam & Faidhirah sekuarga, Noorlin Efendi & Farrah Wahida sekuarga serta Fauzy & Hidayah sekuarga) pun berangkat la ke Corus Paradise Resort,Port Dickson utk tujuan bercuti2 Malaysia... huhu. Sepatutnya Norhidayati & Yamani pun ada turut serta tapi last minit kena cancell sbb Yatie kena sekolah ganti/kursus...Takdek rezeki Aireen ngan Hadif nak joint the club... Yang lain2, atas alasan2 yg tersendiri & sebab2 yg tertentu, maka tak dptla diorang joint mini gathering nih.. Takpe la ye, maybe next time.
Secara kesimpulannya, OK je sumer. Especially bebudak ler... Dapat bertaaruf lebih mesra... Balik dari PD, nama Alia & Iman tak lekang dr bibir Aiman & Baarizah. Sibuk diorang nak pergi lg. Memang kami berhasrat nak plan mega gathering plak lps ni tp tak tau la bila... ;-D
*Buat Farrah, thanx a lot 4 ur support. Aku rasa memang kita je yg akan jadi pengikut setia apa2 program... Huhuhu. Bak kata ko la, yg confirm blh joint the club adalah ngko, aku & Yatie... Wallahua'lam...











Why God Allows Pain?

Tertarik dgn email yg dikirimkan oleh seorg sahabat...

This is one of the best explanations of why God allows pain and suffering that I have seen...

A man went to a barbershop to have his hair cut and his beard trimmed. As the barber began to work, they began to have a good conversation. They talked about so many things and various subjects. When they eventually touched on the subject of God, the barber said: "I don't believe that God exists." "Why do you say that?" asked the customer. "Well, you just have to go out in the street to realize that God doesn't exist.
Tell me, if God exists, would there be so many sick people? Would there be abandoned children? If God existed, there would be neither suffering nor pain. I can't imagine a loving God who would allow all of these things."
The customer thought for a moment, but didn't respond because he didn't want to start an argument. The barber finished his job and the customer left the shop.

Just after he left the barbershop, he saw a man in the street with long, stringy, dirty hair and an untrimmed beard. He looked dirty and unkempt. The customer turned back and entered the barber shop again and he said to the barber: "You know what? Barbers do not exist."
"How can you say that?" asked the surprised barber. "I am here, and I am a barber. And I just worked on you!"

"No!" the customer exclaimed. "Barbers don't exist because if they did, there would be no people with dirty long hair and untrimmed beards, like that man outside."
"Ah, but barbers DO exist! That's what happens when people do not come to me."

"Exactly!" affirmed the customer. "That's the point! God, too, DOES exist! That's what happens when people do not go to Him and don't look to Him for help. That's why there's so much pain and suffering in the world."

BE BLESSED & BE A BLESSING TO OTHERS!

Thursday, March 19, 2009

Keberangkatan Dhabitah ke PLKN


Hari ini... Dhabitah (anak saudaraku yg sulung) telah berangkat ke cabaran PLKNnya di Sepang. Sama la pulak ngan Diana Danielle tu ha... Dikesempatan ini, diucapkan TAHNIAH atas keputusan SPM Dhabitah yg memperoleh 4A,2B,2C & 1D... Semoga Allah permudahkan segala urusanmu Dhabitah...




Aiman & Bola Sepaknya...

Berminggu-minggu Aiman & rakan2 sepasukannya berhempas pulas ber training utk bertanding dgn pasukan lawannya. Sepanjang tempoh training...Umminya & kak aisyah (ibu kwn baik Aiman yg bernama Fadlan Umar tuu) selaku ibu2 yg berkejaya sebagai penghantar & pengambil anak2 bersekolah... jadi pemandu pelancong bawak anak2 yg training ni gi ke padang yg berdekatan dgn sekolah diorang... Pening kepala tengok gelagat diorang ni training. Ada ke patut tengah2 training tu, ada yg merajuk la, ada yg gi main kat tmn permainan la, ada yg blh relaks2 lg, berebut2 nak bwk bola sorang2 dan yg paling best ada yg pegang bola dgn tangan... huhu.



Bila citer bab bola nih... Nak tahu betapa hangatnya penangan main bola ni kan, bila time ada training bola, senang betul Aiman bangun tidur. Kengkadang tu tak payah dikejut pun dah bangun. Kalau bab nak pegi sekolah...5 kali kejap... Sabo je leee...



Akhirnya...Pada 7 Mac 2009, tibalah masa yang ditunggu-tunggu... Lawan punya lawan... Dipendekkan ceritanya, pasukan Aiman kalah... Senang citer... tapi kira Ok la. Yang penting diorang ada semangat kesukanan yg boleh digilap lg suatu masa nnti... InsyaAllah... Anyway, tahniah atas kesungguhan mereka...


*Video akan diupload kemudian...

Thursday, February 12, 2009

Hanya Tuhan Yang Tahu

Apa yg kita lalui masing2 adalah berbeza. Tapi hakikatnya adlh sama... UJIANNYA! Bila kita rasa kita diuji, akan terbit DUA katahati...


1) Allah uji tanda Allah sayangkan kita kerna orang yang beriman pasti akn diuji Allah. Bila kita redha dgn ujian, maka akan lebih kuatlah pergantungan & lebih hebat pengharapan kita memohon pertolongan Allah agar diberi kekuatan utk menempuh segala ujianNya.


2) Bila kita terlupa yg kita sedang diuji, kita mula resah gelisah, rasa dah tak boleh nak teruskan kehidupan, mula menyalahkan sana sini & yg paling ditakuti...rasa makin jauh dgn rahmat Tuhan.


Dua katahati itu adalah apa yg pernah aku rasa sendiri. Syukur kepada Allah, katahati kedua dpt kubidas dan kucantas secepat kilat supaya aku tidak lebih jauh tersasar. Itulah hati...bersangka baik dgn ujian,dapat membantu memudahkan urusan dan begitu jugalah jika sebaliknya...


Saat2 kita diuji, kita perlukan teman utk meluahkan apa yg tersirat dibalik yg tersurat. Tapi jgn sampai kita tersalah tempat utk berkongsi nasihat. Bercerita sesama kita sekurang2nya blh mengurangkan tekanan yg ditanggung tapi ada lebih baiknya kita meluahkan kpd Yang Maha Mendengar kerana bahawasanya Hanya Tuhan Yang Tahu... wallahua'lam.

Thursday, January 1, 2009

Semalam, hari ini & esok...

Huh...lama rasanya tak update blog nih. Tak berkesempatan la... Anyway,rasanya blom terlambat utk mengucapkan salam maal hijrah 1430 dan selamat tahun baru 2009 buat semua...

Berikut adlh beberapa SMS yg diterima dari saudara & sahabat handai bersempena 1430H :

* Ukhuwwah itu bukan terletak pd kerapnya pertemuan,bukan juga pada manisnya kata2 tetapi pada ingatan seseorg terhadap saudaranya dlm doa...Selamat menyambut Maal Hijrah 1430H ~Yatie~

* Mengingati teman tanda persahabatan, mengingati saudara tanda kasih mesra, mengingati mati sumber kekuatan iman, mengingati akhirat semulia2 ingatan dan mengingati Allah itulah sebenar2 ketenangan.Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1430 ~Maryati~

* Doa seorg teman utk sahabatnya : Ya Allah,jadikan teman dunia akhirku seorg yg sentiasa mengingatiMu 5 kali sehari dgn sujudnya tanda syukur atas nikmat yg telah Kau berikan.Jgnlah bebankan kehidupan mahupun menduga diluar kemampuannya.Berikanlah dia kekuatan serta permudahkanlah segala urusannya.Murahkan rezekinya supaya dia dpt berbuat kebajikan keranaMu.Jauhilah dr segala penyakit yg blh memudharatkan dirinya,lindungilah dia dr fitnah & penganiayaan manusia.Lindungilah dia dr nafsu jahatnya sendiri.Ya Allah,tetapkan imannya & berikan kpdnya hanya yg terbaik sptmana Engkau tlh memberikanku,dia sbg teman sejatiku & saudara seislam yg terbaik...Amin ~Kak Elis~

* Semakin jauh perjalanan,semakin dekat kematian.Semakin bertambah bebanan,semakin kurang pula keupayaan.Hanya iman & keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan...penuh ketenangan merempuh ujian.Tuluslah dgn Tuhan teluslah sesama insan.Berhijrahlah kita ke daerah kebaikan.Salam Maal Hijrah 1430h & 2009M ~Kak Jay~



Sekadar ReNuNgAn kita bersama...

* Kebenaran adlh bunga matahari yg tidak beraroma dgn mahkota keemasan sedangkan persahabatan adlh mawar segar yg memberikan keharuman dr setiap kuntumnya.

* Semalam adlh kenangan & pengalaman, hari ini adlh perjalanan & perjuangan dan esok belum menjanjikan apa2 kepastian.Marilah kita sama2 menghargai semalam, hari ini & esok dgn perkara2 yg boleh meningkatkan keimanan & ketaqwaan...

* Kekurangan bukanlah kedhaifan & kelebihan bukanlah kemuliaan. Namun,mengaku kekurangan diri adlh tangga kesempurnaan budi & keberanian yg luar biasa itu ialah berusaha terus mengatasi kekurangan.

* Seseorg mukmin adlh cermin bg mukmin yg lainnya.Org yg memberi nasihat adlh penolong dan org yg diberi nasihat adlh org yg diselamatkan.