Hari ini hari terakhir 2009. Terlalu banyak yg nak diceritakan tentang 2009... Tapi, hanya ini untuk N3(entri) kali ini. Kami nekad redah KL utk ke ToysRus Suria KLCC kerana hari ini adalah hari terakhir utk penebusan voucher RM30 dgn pembelian RM150 keatas sempena besday Kakak Baarizah. Maka, terhegeh2 la kitorang kat KLCC yg agak "asing" dgn kitorang ni. Aku dgn selambanya ber tracksuit & berbaju labuh aje (gaya santai lagi sempoi aku yg dah tak asing lg jika ke Jusco) Rasa macam janggal gak tapi aku bedal aje lah...Nengok gelagat diorang, aku rasa macam rusa masuk kg la pulak. Isk,mcm2 ghupe design pakaian, mcm2 aksi lagak 18SG & 18SX yg dpt dilihat secara online. Aku kata kat hubby : Patut le org suka dtg sini kan bang...? (Itu sebenarnya perkara biasa yg bukannya luar biasa kat mana2 pun...saje je nak tekankan kat sini sebab kitorang ni jarang ke shoping complex yg begitu gah di KL ni...kuang kuang kuang...)
Hmm...baru je 2 minggu lepas sambut MaalHijrah dengan sambutan yg sepatutnya.. dah sambut plak tahun baru masihi dgn percampuran yg pastinya menambah...
- penat sebab balik lewat malam (yg tak balik terus pun ada...)
- kos perbelanjaan negara yg ntah apa2... iaitu kos bunga api, kos konsert & mcm2 kos melepas ler...
- peluang melakukan maksiat2 yg nyata apatah lg yg tersembunyi...
- kes2 jenayah (gaduh, ragut, rempit dan lain2 yg sewaktu dgnnya la...)
- dosa2 kecil & besar...yg tak perlu ku rungkaikan di sini mahupun di sana kerana kalian pasti ada jawapannya... wallahua'lam...
Kesimpulannya, terserahlah kpd anda utk menentukan sambutan yg bagaimana yg anda inginkan... agar ianya mendatangkan manfaat buat anda sekeluarga...
Ok, berbalik kepada kisah di toysRus... akhirnya kami memilih utk menambah koleksi tape/catridge V Tech Learning System~V.SMILE dan menambah satu set lagi Learning system V Tech Nitro Vision yg dibeli pada separuh harga asalnya. Moga ianya menjadi sebahagian drpd pelaburan kami utk pendidikan anak2 & tidak menjadi "peleburan" semata2 hendaknya... :-)
Sempat la berposing kat ruang legar depan toysRus tu...
Dan inilah hasilnya...
Sempat la berposing kat ruang legar depan toysRus tu...
Dan inilah hasilnya...
No comments:
Post a Comment