Spring Text - http://www.springtext.com

Friday, September 18, 2009

WANITA MEMANG ISTIMEWA...

Copy and Paste dari email yang terpilih...

Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
~Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali.... Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah, WANITA! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...~
Perkara yang anda tak perasan atau saja tak terperasaan. .......
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9.. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda.. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

Diari Ramadhan Aiman ~ Part 2 (episod akhir)

KESIMPULAN
Hmm... ummi Aiman dah tak larat nak story day by day sebab haritu demam seminggu menjadikan umminya "lemau" nak update cerita tentang puasa Aiman. Secara kesimpulannya, sehingga ke hari ini (28 Ramadhan), Aiman berjaya berpuasa penuh sebanyak 12 hari. Hari ini, tak posa pun sebab tak sekolah. Kalau tak sekolah ni payah la sket, umminya tak larat nak layan kerenah Aiman yg macam2 tu... Kalau soalan "Ummi, berapa minit lagi?" tak yah kira la sebab tak terkira berapa kali menanyanye... adoiyai... Tapi kira OK sangat la tu, kitorang tak desak Aiman berpuasa sangat pun dia still boleh buat apa yang ummi & abah tak expect dia boleh buat. Tahniah ye Aiman. Esok kitorang nak balik kg Melaka, insyaAllah nak suruh ar Aiman puasa sebab lastday kan...
PERSIAPAN TERAKHIR
Last minute baru perasan seluar slack Aiman tak bli lagi. Suar tu kitorang penah jumpa kat UO je. Abah Aiman tengok kat website malam tadi tutup jam 12mlm so kitorang pun sempat la layan dulu citer Tower 13 sampai abis... 10.30 baru kuar umah. 10.35 sampai kat UO tu nampak lengang dua macam je... tiga macam pun ada... isk konpius nih! Abah Aiman dah siap sound kata "best ni shopping waktu macam ni,tak de orang..." Aku dah tak sedap hati, maleh nak bergendong2 aku suruh hubby gi tanya ye ke tutup kul 12? Kitorang tunggu kat keta je, dari jauh nampak hubby senyum ala2 kambiang (senyum sumbing @ senyum kambing) maka terjawablah persoalan bahawasanya UO tu dah nak tutup... Muakaka (gelak terguling2 yang macam ikon dalam YM tu) adoiyai...
Moral of the story :
1) Iklan tutup lambat dalam internet dihari2 terpilih ni tak boleh dipercayai rupa2nya!
2) Telefonlah dulu tempat tu untuk kesahihan beritanya, kalau tak penat leer jawabnyer! Nasib baik kitorang punya kes nih dekat bangat seh dengan rumah... tak luak minyak pun...
3) Janganlah berlengah2 layan citer best tu lain kali ye...
Hmm... aku rasa UO tu tak promosi sangat yang diorang tutup kul 12 malam tu, tu pasal la orang berkejaran pulang ke rumah... Sebab masa hubby pegi tanya tu, diorang kata memang patutnya tutup kul 12 tapi disebabkan tak de orang,management arahkan TUTUP! Tak patut tak patut... Apa2pun, disebabkan tak dapat apa2 kat UO, pegi ar round2 desa pandan cari bunga api. Saje nak tambah stok yang Acik klang tak de bagi... Bli yang ala2 'warna warni di aidilfitri', yang banyak asap tuu...blh la halau nyamuk secara paksa tanpa relanya....

Wednesday, September 2, 2009

Diari Ramadhan Aiman... ~Part 1

1 Ramadhan... aritu Aiman sahur jam 12tghhari. Tapi dia tak makan2 sampai la orang berbuka. Adiknya makan bubur lambuk pun dia tak heran... "abg tak nak makan, abg puasa..." katanya. Petang tu berbuka puasa kat Ampang... tu yang jadi 'tuan besar' tu... (bak kata Along kat blognya...huhu)

2 Ramadhan... disebabkan nak pergi shoping, bangun la awal sikit. Aku suruh makan siap2 dengan harapan pergi jalan kang takde la mintak makan. Aiman tanya : "ummi, boleh ke sahur awal?Baru kul 9..." adoi yai... umminya taknak panjang citer... jawab bolehhh je la. Dah penat2 shoping kat jusco,"Harini Aiman tak puasa la...Aiman nak makan McD" Sabor je le... Dah bagi makan kat umah tadi pun... nak makan gak McD. McD... McD...

3,4,5,6&7 Ramadhan... Aiman tak posa pun. Bila aku tanya kenapa tak puasa dia kata Aiman puasa sabtu ngan ahad je... adoi yai...

8 Ramadhan... Kitorang balik kg kuantan. Aiman pesan suruh kejut dia bangun sahur, so aku kejutla. 3 kali OK gak la baru bangunnya... Lepas sahur, solat subuh kat surau. Balik surau tak tido2 dok layan TV dsbnya. Orang suruh tido tak nak katanya nanti lambat bangun... Excited benor ni nak balik kuantan...nak jumpa paklong Sofi la tuu...

Dalam perjalanan, singgah stesen minyak sebab abah Aiman nak pam tayar. Kena pulak stesen tu ada drive thru McD. McD lagi... adoi yai. Aiman siap pesan tu... "Ha,jangan singgah McD, kalau adik nak McD pun jangan belikan..." Ummi kata : "Tak de siapa nak beli McD tu aihh.." Uiss kuat betul semangat Aiman nak puasa sampaikan adik dia pun jadi mangsa...walhal adik dia tak kata pun nak McD tu... Di pertengahan jalan, Aiman sibuk nyanyi lagu "balik kg...Ooo balik kg...Ooo balik kg... hati girang..." macam nak balik raya la pulak... Dalam riuh rendah 2 beradik tu tadi tetiba je sepi... rupanya dah tido belaka... Patut pun...

Jam dah kul 2 lebih, Ummi ngan abah dia pulak yang risau. "Aiman, OK ke puasa... boleh tahan lagi?" Aiman: "OK" Aku tanya abah Aiman... "Abang pernah ke puasa masa umur 6 tahun?" Jawabnya: tak pernah pun... Ummi: Samala kita.... kuang kuang kuang...

Dalam kul 4 lebih... dah mula tanya berapa jam lagi nak buka ni ummi? Jenoh la jugak memujuknya suruh tahan. Nak jadi cerita, Aiman ternampak orang di dapur yang "bercuti puasa" makan... Aiman kata "Yea...dah buka puasa...dah bole makan" Huhuhu... Kantoii... Sejak dari itu, yang "bercuti puasa" tak boleh la nak makan beriya di siang hari... Duugaaan...:-D Dari jam ke jam...akhirnya penantian Aiman berakhir... kedengaran laungan azan maghrib... maka, Aiman pun menikmati juadah berbuka puasa penuhnya yang pertama... Aku, sebagai umminya rasa gumbira sekali atas kesungguhannya untuk berpuasa penuh... Alhamdulillah...Tahniah Aiman... dari Ummi dan Abah...

9 Ramadhan... Bersahur di rumah Pok Uteh Aiman (Hisham, adiknya suamiku). Aiman nampak semangat nak puasa lagi hari ni. Masa sahur...aku, ejah ngan Lin layan Nur Kasih dan lepas sahur turn Aiman plak layan astro cerianya... Petang je... biasalah. Mula merengek nak berbuka. Kesian kat dia tapi memandangkan dah petang sangat, rasa rugi la pulak kalau berbuka. Menu berbuka masa tu memang menggiurkan dia... nasi ayam special buatan Mak Uda.. Hehe lega...akhirnya Aiman selamat melepasi hari keduanya berrpuasa...

10 Ramadhan... Bersahur di rumah Tok Uda Aiman. Makan nasi goreng ayam special...Sedap bangat...sampai tak de yang tinggal untuk yang "bercuti puasa". Hehe. Ingatkan ada lagi dalam kuali, kitorang peghabeh je la. Rupanya tak de... Sorii ye, tak sengaja. Kesian orang kat Bukit Sekilau, tak cukup nasi...

Dalam kereta Aiman tanya dia dapat apa dengan puasa. Maklang kata dapat pahala. Aiman tanya berapa? Maklang kata 10 pahala sehari. Ooo... jadi Aiman dah dapat 20 pahala la ye? Seronoknya la dia... Untuk menggalakkan adiknya pulak berpuasa, kitorang suruh la adiknya puasa setengah hari... Aiman kata nanti adik dapat 5 je pahala sebab puasa setengah hari...

Sampai KL, kitorang gi pasar malam kononnya nak cari mee nak masak mee goreng je. Tapi mee cap siti abis la pulak so tak jadi la goreng mee. Kat pasar malam tu ada la orang jual mainan BaKuGaN yang memang dah lama Aiman impikan. Abahnya tak bagi sebab mahal bangat seh kalau yang kat jusco tu... 30 hengget! Tak kuasa abahnya nak beli. Bodekla abah dia belikan yang RM4 kat pasar malam tu, nasib baik dapat... Kuranglah rengeknya nak berbuka sebab ghalit main bakugan. Selamat puasa penuh Aiman yang ketiga...

11 Ramadhan... Hari ni sesi persekolahan mula semula. Kembali bersahur di Kg Pandan ngan Atok Daud. Bersahurkan lauk yang Tok Mama Aiman kirim. Sambal sotong la yang dirembatnya dulu...Kakak Baarizah pun bangun sahur gak. Macam tak caye je tapi si kakak balik sekolah kul 12 tu terus makan la... Kira OK la tu dapat 5 je mula2... Aiman berjaya mengekalkan 10nya untuk hari ke 4... :-)

12 Ramadhan... Ummi ngan Abah Aiman bagi cuti puasa hari ni. Aiman mulanya marah gak sebab tak kejut dia bangun sahur. Pujuk la dia kata hari ni tak payah puasa, esok puasa balik... heheh...