Spring Text - http://www.springtext.com

Saturday, December 13, 2008

Mari hayati bersama...

MUHASABAH CINTA

Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan,
Baru kusedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir dikidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta airmataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Ilahi
Muhasabah cintaku…

Tuhan,
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika kuharus mati
Pertemukan aku denganMu

Sunday, December 7, 2008

Salam AidilAdha

Musim Haji mengingatkan sejarah di tanah suci...


Sunday, November 30, 2008

Aktiviti Cuti Sek di rumah abg

30.11.2008 - Hari2 aiman tnya opah dia "brp hari lg cuti sek?" Hmm... betapa boringnya aiman diwaktu cuti sekolah... Jadi, kitorang pun mengambil langkah pendek dgn membuat keputusan pergi mandi kolam kat rumah abg je la.. Tak payah kuar bajet RM pun... Kalau lapar pun no prob... sumer dah ready...

http://picasaweb.google.com/faidhirah/RmhAbg30112008#


Sampai2 je, terus terjun kolam... Lepas mandi, apa lg... melantak le. Masing2 kelaparan.

Aktiviti selepas makan, main game yang baru dibeli semlm kat toysRus. Mainan monyet. Ok gak la... nak dijadikan aktiviti kekeluargaan... Siapa yg berjaya gayutkan monyet tu akan dapat pisang... Huhu

Aktiviti Masa Lapang Aiman...


Ni adalah hasil kerjatangan aiman di waktu lapangnya... Dah dia siap bina rumah, dia amek camera tangkap sendiri gambar bangunan yang dibinanya... Huhu


Saturday, November 22, 2008

Ihtifal PASTI WPKL 2008

Pada tanggal 9 November 2008…Syukur Alhamdulillah… Khairul Aiman B. Mohd Khairulnizam telah berjaya menduduki tangga pertama semester ini (tadika PASTI 5 thn). Semester lepas Aiman dapat no 3, kawan baiknya Fadlan Umar dpt no 2. Kali ni Fadlan amek tmpt Aiman plak…No 3. Tapi Oklah, at least diorang sama2 berjaya naik pentas amek hadiah… InsyaAllah diorang bertemu lagi di sesi 6 thn plak… 2009 nnti.





Pord Dickson 2008

Pada 23 & 24 Ogos, kami ke PD bersama family side saya pulak. Pergi 3 kereta menginap di 3 Bedrooms apartment Corus Beach Resort. Share expenses 3 beradik utk bwk mak ngan abah jejalan…Sian kat diorang. Asyik terperap je dok kat umah…

Sampai je kat sana, biasala tmpt utama yg wajib dituju adalah KOLAM! Maka, bergumbiralah Aiman, Baarizah, Bitah, Angah, Hanis, Chacha & Badrina di dunia perkolaman mereka. Baby 2 org tu (Haziq & Balqis) belum blh joint the club lg… Jd, mkn, tido dan membuang je la projek mereka… Jadinya, akak ngan kak yati agak sedikit terbatas pergerakan mereka kerana ada baby kecik yg perlu diuruskan…

Abg Thani asyik ngan sesi memancing yg tak dpt sekor ikan pun dipancingnya.. Huhu. Abang plak sibuk merasmikan camera canon baru yg dibelinya dari sham dhila. Wow! Abah & mak… selamat berehat dan bersantai…. :-)

Langkawi 2008



Pada 7, 8 & 9 Ogos 2008, kami anak beranak & ibubapa mertuaku bercuti ke Langkawi,Malaysia. Huhu. Best ler shopping coklat, tshirt, cenderahati, kain batik dan mcm2 lg lah... Kami anak beranak naik AirAsia.Biasala... offer baik punya... :-) Yg paling best bebudak 2 org tu lah... Mandi kolam je kejenyee... Last g sana thn 2004 masa ngandungkan baarizah 5 bln. Masa tu g rombongan bas ramai2. Huh... beza dah ngan 2008 nih.

Hmm… ada cerita menarik tau masa dlm flight perjalanan balik ke KL. Kat belakang seat kitorang (ummuaiman ,aiman & adikaiman) ada la 3 org bebudak remaja lelaki Pakistan yg riang ria.Lalu, sepanjang perjalanan 1jam 45mnt tu bermain la bebudak nih ngan bebudak tuh… mcm ayam ngan itik, sebab bebudak tuh speaking English. Aiman setakat jawab bila diaorg tnya what is ur name… selebihnya ummi dia la yg bantu. Yang bestnya, aiman g tnya mamat tu “maa is muka”? Ternganga-nganga la bebudak tu yg rupa2nya tak faham bahasa arab sbb sempatla gak berborak ngan kakak bebudak tu yg bgtau memang medium diorg hanya English. Pastu… masa flight nak landing, abah aiman suruh la aiman tgk bawah sbb masa tu tgh mlm yg memang cantik pemandangannya. Suddenly aiman shouted at the boys… “Look… Look down” Hah? (Aiman kah ituu…?) Kelakarla pulok…:-)






Friday, November 21, 2008

SMAKL in Our Memories...:-)


Ni gambar kenangan kami ketika sambutan 20TH di SMAKL... We are SMAKLIANs.... :-)
Best tau masa tuh... grand! Sound System memang power... ExSmakl yg handle.. saper ek nama dia... Haa Zamani Rakesh. Huhu.
Masa kat SMAKL tu, kami bgtaula kat anakanda-anakanda kami tu bahawasanya itulah sekolah ummi dan abah dulu... Hmm panjang la tnya nye... terutama Aiman tuu :-).
Banyak dah perubahan di SMAKL.. Buat sahabat2 yg dah lama tak ke SMAKL, kunjung2lah SMAKL tu bila2 ada program nnti.. K

Tuesday, November 4, 2008

Salam Ukhuwah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Hanya dengan izinNya... beberapa penyebab yang menyebabkan terilhamnya blog ini...
1) Minat & keinginan yg meluap2 utk nak ada blog sendiri
2) Jeles tengok blog org lain
3) Thanx a lot to ummikusayang.com yg mencetuskan rangsangan utk melibatkan diri dlm dunia yg sedang dilibatkan sekarang ini...

Segalanya bermula sebelum ini... dan berterusan di sini.... :-)