Spring Text - http://www.springtext.com

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, June 17, 2015

Hari prestasi 2015

Tahun ni, Khairul Aiman selaku anak yang sulung akan menduduki 2 peperiksaan iaitu UPSR & PSRA. Anak kedua, Khairul Baarizah pula akan menduduki UPKK. Aiman dapat 8A masa UPKK tahun lepas...Alhamdulillah. Ummi pun tak sangka sebab tak nampak gaya orang nak periksa. Berkat usaha gigih mu'allim & mu'allimahnya juga menjadi asbab kejayaannya.

Keputusan peperiksaan yang di ambil tadi, taklah semeriah mana. Ada A ada B ada C dan kakak Baarizah ada juga D. Kedudukan dalam kelas pun dah tak dapat top 5 apatah lagi top 3. Namun mu'allimah masing2 tetap memberi keyakinan yang anak2 ini mampu untuk pergi lebih jauh. Nak nak Aiman adalah antara barisan pelajar yang menjadi harapan sekolah untuk melakarkan sejarah kecemerlangan dalam peperiksaan2 besar tahun ini. Dan Aiman juga menjadi harapan abah & ummi sebagai anak sulung dalam keluarga supaya dapat menjadi contoh teladan buat adik2....

Teman jelaskan pada Aiman & Baarizah, "ummi tak kisah sgt berapa kedudukan nombor dalam kelas, yang paling penting ialah pemahaman dengan apa yang dipelajari"
Dunia persekolahan bukan sekadar proses pembelajaran namun ada banyak lagi yang dapat di asah dalam proses ini. Kemahiran berkomunikasi, tahap keyakinan diri, rasa tanggungjawab, sahsiah & adab serta mencari dan mengenali potensi diri. Dengan apa yang dipelajari hari ini lah yang akan dapat menentukan kita menjadi insan yang bagaimana di masa depan. Catitan ABCD dalam buku rekod umpama jasad fizikal kita yang menunjukkan samada kita nampak sihat @ sakit. Manakala apa yang kita faham dengan apa yg kita belajar itu umpamanya mental kita samada bersih @ kotor supaya kita dapat melahirkan spiritual atau roh yang baik @ jahat.

Secara puratanya ummi dan abah berpuas hati dengan pencapaian kalian...menurut mu'allimah bab sahsiah & penglibatan diri dalam kelas memang tiada masalah apatah lagi kalian merupakan pengawas sekolah. Pengalaman di zaman sekolah adalah saat yang akan kita kenang selamanya... ummi bangga bila Aiman mampu jadi imam di sekolah dan menjadi juruacara majlis bagi sambutan hari guru baru2 ini... tahniah nak...

Aiman dan kakak Baarizah banyak membantu ummi dalam menguruskan adik2. Terima kasih banyak2...Ummi doakan kalian dipermudahkan segala urusan, dikurniakan Allah pemahaman dalam menuntut ilmu yang bermanfaat dan diberikan kecemerlangan dalam peperiksaan agar kalian menjadi insan soleh wa musleh

Saturday, May 15, 2010

Naim di Villa SuRaDa...

Ini pose-pose Na'im yang di snap oleh Maklongnya semalam... Aktiviti ketika para jemaah lelaki menunaikan solat jumaat... Maklumle,maklongnya guna kamera baru... huhuhu

Tuesday, April 27, 2010

Potret Kakak...

Gambar ini dipotretkan oleh anak saudaraku,Fasihah Binti Abdullah Thani @ nama glamournya ANGAH. Hmm... tak sangka angah mempunyai bakat yang terpendam dgn melakarkarkan gambar kakak ini dlm masa +- setgh jam... cantik kan? Tang rambut kakak tu, memang gitu, ada sedikit keserabutan. Bahkan ada yg kata rambut kakak tu macam tempurung la, macam helmet la, macam cendawan la...whatever lah... apa yg penting, itu hasil seni umminya sendiri yg tak pernah langsung menghadiri mana2 kursus gunting rambut...huhuhu. Anyway,TQ angah... Lps2 ni nnti boleh le lukis gambor acu ngan pakcu plak ye

Friday, April 16, 2010

Sayang Ummi Sayang Abah...


Ni bukan Aiman yg lukis rupa2nya... Aiman kata,gambar yg Aiman lukis tak berapa cantik jadi Ustaznya yg tolong lukiskan... Aiman cuma warnakannya... huhuhu. Apa yg pasti,cerminmata abah memang seghupe...janggut agak lain sket dan Aiman terlupa akan misai abahnya... ;-) Gambo Umminya...hmm no komen... :-D








Tuesday, April 6, 2010

Na'im dah pandai azan dah...

Video ni dirakam masa kitorang dalam perjalanan nak ke Sg Ramal. Dah la malam,pakai kamera handphone yang tak canggih, dah tu dalam kereta yang sedang bergerak plak tu, jadi maaflah gambor tak berapa shantex... apa yang penting... suara Na'im azan sama naik dgn suara azan yang berkumandang di corong radio itu...

Monday, February 15, 2010

Lagi tentang aksi...

Bz sungguh dgn agenda pindah randah, nak bicara soal hati dan perasaan pun dah tak dan nak taip kat blog nih. Saksikanlah adegan Na'im memanjat tangga dgn jayanya tatkala dia belum pun merangkak ketika itu. Video ni dah lama dirakamkan cuma baru nak di publish kan. Masa kejadian, agak lambat sikitlah dia nak menapak ke atas tu tapi laa nih dan cecah 100km/j... huhu

Tuesday, January 5, 2010

Sejarah telahpun berulang


Akhirnya, sejarah 7 tahun lalu berulang sekali lagi. Kini, lebih parah. Masa Aiman dulu, jatuh katil ketika umur +- 7@8 bln dlm keadaan merangkak dari katil tersembam ke lantai. Kali ini, adiknya Na'im yg berumur 6 bln 3 minggu (baru menyusur2 ke depan,tak merangkak pun lagi) dah jatuh katil. Habis tebal bibir atas, dan yang parahnya sampai berdarah2 disebabkan giginya yg dah tumbuh seawal usianya baru nak cecah 5 bln haritu. Biasanya dia bangun tido ada bunyi rengekan tapi tidak pula pagi ini tadi. Isk...Umminya tak sempat nak sambor, dari arah dapur menuju ke bilik nampak dah ada objek bergerak tapi... Oh tidakkk... akhirnya jatuh jua Na'im ke lantai (tempat yg sama dgn berlakunya tragedi abgnya) Maafkan Ummi ye Na'im :-(

Dunia Baru Aiman...

Hari ini adalah hari pertama persekolahan Aiman di Sekolah Rendah Islam Pintar (Tahfiz) Seksyen 9, Bangi. Memandangkan kami masih tidak dapat berpindah ke Taman Sutera Kajang atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, maka ke hulu ke hilir lah kami dari Kg Pandan ke Kajang/Bangi yang sudah menjadi laluan rutin kami sejak dua menjak ini...

Maklongnya dah pesan jgn lupa amek gambar kat depan pintu rumah sblm ke sekolah... siap ucap SELAMAT MAJU JAYA lagi kat Aiman... :-)


Dalam kereta, Ummi pun berkata : Dah besar dah anak ummi ni ha. Macam tak caya je ummi.. Aiman dah sekolah darjah 1. Lepas ni Aiman tak boleh main2 lagi tau. Kena belajar sungguh2.

Thursday, December 31, 2009

2009 dalam kenangan...

Hari ini hari terakhir 2009. Terlalu banyak yg nak diceritakan tentang 2009... Tapi, hanya ini untuk N3(entri) kali ini. Kami nekad redah KL utk ke ToysRus Suria KLCC kerana hari ini adalah hari terakhir utk penebusan voucher RM30 dgn pembelian RM150 keatas sempena besday Kakak Baarizah. Maka, terhegeh2 la kitorang kat KLCC yg agak "asing" dgn kitorang ni. Aku dgn selambanya ber tracksuit & berbaju labuh aje (gaya santai lagi sempoi aku yg dah tak asing lg jika ke Jusco) Rasa macam janggal gak tapi aku bedal aje lah...Nengok gelagat diorang, aku rasa macam rusa masuk kg la pulak. Isk,mcm2 ghupe design pakaian, mcm2 aksi lagak 18SG & 18SX yg dpt dilihat secara online. Aku kata kat hubby : Patut le org suka dtg sini kan bang...? (Itu sebenarnya perkara biasa yg bukannya luar biasa kat mana2 pun...saje je nak tekankan kat sini sebab kitorang ni jarang ke shoping complex yg begitu gah di KL ni...kuang kuang kuang...)

Hmm...baru je 2 minggu lepas sambut MaalHijrah dengan sambutan yg sepatutnya.. dah sambut plak tahun baru masihi dgn percampuran yg pastinya menambah...
  • penat sebab balik lewat malam (yg tak balik terus pun ada...)
  • kos perbelanjaan negara yg ntah apa2... iaitu kos bunga api, kos konsert & mcm2 kos melepas ler...
  • peluang melakukan maksiat2 yg nyata apatah lg yg tersembunyi...
  • kes2 jenayah (gaduh, ragut, rempit dan lain2 yg sewaktu dgnnya la...)
  • dosa2 kecil & besar...yg tak perlu ku rungkaikan di sini mahupun di sana kerana kalian pasti ada jawapannya... wallahua'lam...
Mujurlah masih ada lg pihak2 yg bertanggungjawab menganjurkan program sambutan tahun baru masihi yg islamik spt di masjid as syakirin KLCC tu. Ada gak peluang utk kita memilih cara sambutan yg kita perlukan. (Huh...lama dah rasanya teman tak join program2 yg seumpamanya. Jenuh nak tunggu Na'im besar...tu pasal la Na'im tak boleh ber adik lps nih...huhuhu. Mungkin ini alasan yg paling kukuh boleh kuberikan kat hubby tercuinta...:-))
Kesimpulannya, terserahlah kpd anda utk menentukan sambutan yg bagaimana yg anda inginkan... agar ianya mendatangkan manfaat buat anda sekeluarga...

Ok, berbalik kepada kisah di toysRus... akhirnya kami memilih utk menambah koleksi tape/catridge V Tech Learning System~V.SMILE dan menambah satu set lagi Learning system V Tech Nitro Vision yg dibeli pada separuh harga asalnya. Moga ianya menjadi sebahagian drpd pelaburan kami utk pendidikan anak2 & tidak menjadi "peleburan" semata2 hendaknya... :-)
Sempat la berposing kat ruang legar depan toysRus tu...

Dan inilah hasilnya...

Friday, September 18, 2009

Diari Ramadhan Aiman ~ Part 2 (episod akhir)

KESIMPULAN
Hmm... ummi Aiman dah tak larat nak story day by day sebab haritu demam seminggu menjadikan umminya "lemau" nak update cerita tentang puasa Aiman. Secara kesimpulannya, sehingga ke hari ini (28 Ramadhan), Aiman berjaya berpuasa penuh sebanyak 12 hari. Hari ini, tak posa pun sebab tak sekolah. Kalau tak sekolah ni payah la sket, umminya tak larat nak layan kerenah Aiman yg macam2 tu... Kalau soalan "Ummi, berapa minit lagi?" tak yah kira la sebab tak terkira berapa kali menanyanye... adoiyai... Tapi kira OK sangat la tu, kitorang tak desak Aiman berpuasa sangat pun dia still boleh buat apa yang ummi & abah tak expect dia boleh buat. Tahniah ye Aiman. Esok kitorang nak balik kg Melaka, insyaAllah nak suruh ar Aiman puasa sebab lastday kan...
PERSIAPAN TERAKHIR
Last minute baru perasan seluar slack Aiman tak bli lagi. Suar tu kitorang penah jumpa kat UO je. Abah Aiman tengok kat website malam tadi tutup jam 12mlm so kitorang pun sempat la layan dulu citer Tower 13 sampai abis... 10.30 baru kuar umah. 10.35 sampai kat UO tu nampak lengang dua macam je... tiga macam pun ada... isk konpius nih! Abah Aiman dah siap sound kata "best ni shopping waktu macam ni,tak de orang..." Aku dah tak sedap hati, maleh nak bergendong2 aku suruh hubby gi tanya ye ke tutup kul 12? Kitorang tunggu kat keta je, dari jauh nampak hubby senyum ala2 kambiang (senyum sumbing @ senyum kambing) maka terjawablah persoalan bahawasanya UO tu dah nak tutup... Muakaka (gelak terguling2 yang macam ikon dalam YM tu) adoiyai...
Moral of the story :
1) Iklan tutup lambat dalam internet dihari2 terpilih ni tak boleh dipercayai rupa2nya!
2) Telefonlah dulu tempat tu untuk kesahihan beritanya, kalau tak penat leer jawabnyer! Nasib baik kitorang punya kes nih dekat bangat seh dengan rumah... tak luak minyak pun...
3) Janganlah berlengah2 layan citer best tu lain kali ye...
Hmm... aku rasa UO tu tak promosi sangat yang diorang tutup kul 12 malam tu, tu pasal la orang berkejaran pulang ke rumah... Sebab masa hubby pegi tanya tu, diorang kata memang patutnya tutup kul 12 tapi disebabkan tak de orang,management arahkan TUTUP! Tak patut tak patut... Apa2pun, disebabkan tak dapat apa2 kat UO, pegi ar round2 desa pandan cari bunga api. Saje nak tambah stok yang Acik klang tak de bagi... Bli yang ala2 'warna warni di aidilfitri', yang banyak asap tuu...blh la halau nyamuk secara paksa tanpa relanya....

Wednesday, September 2, 2009

Diari Ramadhan Aiman... ~Part 1

1 Ramadhan... aritu Aiman sahur jam 12tghhari. Tapi dia tak makan2 sampai la orang berbuka. Adiknya makan bubur lambuk pun dia tak heran... "abg tak nak makan, abg puasa..." katanya. Petang tu berbuka puasa kat Ampang... tu yang jadi 'tuan besar' tu... (bak kata Along kat blognya...huhu)

2 Ramadhan... disebabkan nak pergi shoping, bangun la awal sikit. Aku suruh makan siap2 dengan harapan pergi jalan kang takde la mintak makan. Aiman tanya : "ummi, boleh ke sahur awal?Baru kul 9..." adoi yai... umminya taknak panjang citer... jawab bolehhh je la. Dah penat2 shoping kat jusco,"Harini Aiman tak puasa la...Aiman nak makan McD" Sabor je le... Dah bagi makan kat umah tadi pun... nak makan gak McD. McD... McD...

3,4,5,6&7 Ramadhan... Aiman tak posa pun. Bila aku tanya kenapa tak puasa dia kata Aiman puasa sabtu ngan ahad je... adoi yai...

8 Ramadhan... Kitorang balik kg kuantan. Aiman pesan suruh kejut dia bangun sahur, so aku kejutla. 3 kali OK gak la baru bangunnya... Lepas sahur, solat subuh kat surau. Balik surau tak tido2 dok layan TV dsbnya. Orang suruh tido tak nak katanya nanti lambat bangun... Excited benor ni nak balik kuantan...nak jumpa paklong Sofi la tuu...

Dalam perjalanan, singgah stesen minyak sebab abah Aiman nak pam tayar. Kena pulak stesen tu ada drive thru McD. McD lagi... adoi yai. Aiman siap pesan tu... "Ha,jangan singgah McD, kalau adik nak McD pun jangan belikan..." Ummi kata : "Tak de siapa nak beli McD tu aihh.." Uiss kuat betul semangat Aiman nak puasa sampaikan adik dia pun jadi mangsa...walhal adik dia tak kata pun nak McD tu... Di pertengahan jalan, Aiman sibuk nyanyi lagu "balik kg...Ooo balik kg...Ooo balik kg... hati girang..." macam nak balik raya la pulak... Dalam riuh rendah 2 beradik tu tadi tetiba je sepi... rupanya dah tido belaka... Patut pun...

Jam dah kul 2 lebih, Ummi ngan abah dia pulak yang risau. "Aiman, OK ke puasa... boleh tahan lagi?" Aiman: "OK" Aku tanya abah Aiman... "Abang pernah ke puasa masa umur 6 tahun?" Jawabnya: tak pernah pun... Ummi: Samala kita.... kuang kuang kuang...

Dalam kul 4 lebih... dah mula tanya berapa jam lagi nak buka ni ummi? Jenoh la jugak memujuknya suruh tahan. Nak jadi cerita, Aiman ternampak orang di dapur yang "bercuti puasa" makan... Aiman kata "Yea...dah buka puasa...dah bole makan" Huhuhu... Kantoii... Sejak dari itu, yang "bercuti puasa" tak boleh la nak makan beriya di siang hari... Duugaaan...:-D Dari jam ke jam...akhirnya penantian Aiman berakhir... kedengaran laungan azan maghrib... maka, Aiman pun menikmati juadah berbuka puasa penuhnya yang pertama... Aku, sebagai umminya rasa gumbira sekali atas kesungguhannya untuk berpuasa penuh... Alhamdulillah...Tahniah Aiman... dari Ummi dan Abah...

9 Ramadhan... Bersahur di rumah Pok Uteh Aiman (Hisham, adiknya suamiku). Aiman nampak semangat nak puasa lagi hari ni. Masa sahur...aku, ejah ngan Lin layan Nur Kasih dan lepas sahur turn Aiman plak layan astro cerianya... Petang je... biasalah. Mula merengek nak berbuka. Kesian kat dia tapi memandangkan dah petang sangat, rasa rugi la pulak kalau berbuka. Menu berbuka masa tu memang menggiurkan dia... nasi ayam special buatan Mak Uda.. Hehe lega...akhirnya Aiman selamat melepasi hari keduanya berrpuasa...

10 Ramadhan... Bersahur di rumah Tok Uda Aiman. Makan nasi goreng ayam special...Sedap bangat...sampai tak de yang tinggal untuk yang "bercuti puasa". Hehe. Ingatkan ada lagi dalam kuali, kitorang peghabeh je la. Rupanya tak de... Sorii ye, tak sengaja. Kesian orang kat Bukit Sekilau, tak cukup nasi...

Dalam kereta Aiman tanya dia dapat apa dengan puasa. Maklang kata dapat pahala. Aiman tanya berapa? Maklang kata 10 pahala sehari. Ooo... jadi Aiman dah dapat 20 pahala la ye? Seronoknya la dia... Untuk menggalakkan adiknya pulak berpuasa, kitorang suruh la adiknya puasa setengah hari... Aiman kata nanti adik dapat 5 je pahala sebab puasa setengah hari...

Sampai KL, kitorang gi pasar malam kononnya nak cari mee nak masak mee goreng je. Tapi mee cap siti abis la pulak so tak jadi la goreng mee. Kat pasar malam tu ada la orang jual mainan BaKuGaN yang memang dah lama Aiman impikan. Abahnya tak bagi sebab mahal bangat seh kalau yang kat jusco tu... 30 hengget! Tak kuasa abahnya nak beli. Bodekla abah dia belikan yang RM4 kat pasar malam tu, nasib baik dapat... Kuranglah rengeknya nak berbuka sebab ghalit main bakugan. Selamat puasa penuh Aiman yang ketiga...

11 Ramadhan... Hari ni sesi persekolahan mula semula. Kembali bersahur di Kg Pandan ngan Atok Daud. Bersahurkan lauk yang Tok Mama Aiman kirim. Sambal sotong la yang dirembatnya dulu...Kakak Baarizah pun bangun sahur gak. Macam tak caye je tapi si kakak balik sekolah kul 12 tu terus makan la... Kira OK la tu dapat 5 je mula2... Aiman berjaya mengekalkan 10nya untuk hari ke 4... :-)

12 Ramadhan... Ummi ngan Abah Aiman bagi cuti puasa hari ni. Aiman mulanya marah gak sebab tak kejut dia bangun sahur. Pujuk la dia kata hari ni tak payah puasa, esok puasa balik... heheh...







Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan...

Salam Ramadhan buat semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya...

Cerita tentang emak...
Bagi aku, pastinya Ramadhan tahun ini tak sama mcm dulu. Hari pertama bersahur tanpa mak...pastinya satu kelainan yg paling jelas terasa kekurangannya. Lps subuh td aku mengaji, tanpa kusedar airmata berderai satu persatu bila terbayangkan mak terbaring dengan masih bertelekung dibiliknnya selepas solat subuh dan mengaji di bulan puasa... Uwaa... Ya Allah berilah aku kekuatan untuk terus melalui saat-saat ini...

Dua hari lepas, pergi jusco untuk beli barang dapur, masa tu belum pun puasa lagi tapi kuih raya melimpah ruah dah... Terpegang la pulak kuih semperit, terus tak jadi belek kuih lain sebab jusco tetiba "banjir" ngan hujan setempat... Uwaaa lagi. Tak boleh kawal la kalau rasa nak nangis sebab mak... Tiada lagi semperit emak, tiada lagi rendang emak, tiada lagi...dan tiada lagi...

Saturday, July 4, 2009

Penyampaian Hadiah Penggal Pertama


Bergambar dgn hadiah masing2...


Bersama salah seorg kawan baiknya...Amalin


Gambar hadiah...

Pada 28 Jun 2009, Pasti Al-Ummah mengadakan hari penyampaian hadiah untuk penggal pertama. Ada sambutan harilahir untuk anak2 yang lahir dari bulan Januari hingga Jun. Akhir sekali, guru2 kelas serahkan kad laporan dan kertas2 ujian diorang. Alhamdulillah, abg Aiman (6 thn) dapat tempat kedua...No satu biasalah,kawan baik dia Fadlan Umar. Kakak Baarizah (5 thn) dapat no 3... So, masing2 dapat hadiah...

Thursday, March 19, 2009

Keberangkatan Dhabitah ke PLKN


Hari ini... Dhabitah (anak saudaraku yg sulung) telah berangkat ke cabaran PLKNnya di Sepang. Sama la pulak ngan Diana Danielle tu ha... Dikesempatan ini, diucapkan TAHNIAH atas keputusan SPM Dhabitah yg memperoleh 4A,2B,2C & 1D... Semoga Allah permudahkan segala urusanmu Dhabitah...




Aiman & Bola Sepaknya...

Berminggu-minggu Aiman & rakan2 sepasukannya berhempas pulas ber training utk bertanding dgn pasukan lawannya. Sepanjang tempoh training...Umminya & kak aisyah (ibu kwn baik Aiman yg bernama Fadlan Umar tuu) selaku ibu2 yg berkejaya sebagai penghantar & pengambil anak2 bersekolah... jadi pemandu pelancong bawak anak2 yg training ni gi ke padang yg berdekatan dgn sekolah diorang... Pening kepala tengok gelagat diorang ni training. Ada ke patut tengah2 training tu, ada yg merajuk la, ada yg gi main kat tmn permainan la, ada yg blh relaks2 lg, berebut2 nak bwk bola sorang2 dan yg paling best ada yg pegang bola dgn tangan... huhu.



Bila citer bab bola nih... Nak tahu betapa hangatnya penangan main bola ni kan, bila time ada training bola, senang betul Aiman bangun tidur. Kengkadang tu tak payah dikejut pun dah bangun. Kalau bab nak pegi sekolah...5 kali kejap... Sabo je leee...



Akhirnya...Pada 7 Mac 2009, tibalah masa yang ditunggu-tunggu... Lawan punya lawan... Dipendekkan ceritanya, pasukan Aiman kalah... Senang citer... tapi kira Ok la. Yang penting diorang ada semangat kesukanan yg boleh digilap lg suatu masa nnti... InsyaAllah... Anyway, tahniah atas kesungguhan mereka...


*Video akan diupload kemudian...

Sunday, November 30, 2008

Aktiviti Masa Lapang Aiman...


Ni adalah hasil kerjatangan aiman di waktu lapangnya... Dah dia siap bina rumah, dia amek camera tangkap sendiri gambar bangunan yang dibinanya... Huhu


Saturday, November 22, 2008

Ihtifal PASTI WPKL 2008

Pada tanggal 9 November 2008…Syukur Alhamdulillah… Khairul Aiman B. Mohd Khairulnizam telah berjaya menduduki tangga pertama semester ini (tadika PASTI 5 thn). Semester lepas Aiman dapat no 3, kawan baiknya Fadlan Umar dpt no 2. Kali ni Fadlan amek tmpt Aiman plak…No 3. Tapi Oklah, at least diorang sama2 berjaya naik pentas amek hadiah… InsyaAllah diorang bertemu lagi di sesi 6 thn plak… 2009 nnti.